Pernah Lihat Kereta Dihasilkan Dengan 320,000 Bongkah LEGO?

Automotif

Pernah Lihat Kereta Dihasilkan Dengan 320,000 Bongkah LEGO?

Adakah anda semua pernah melihat sendiri kereta dihasilkan melalui bongkah LEGO?

Di Australia Honda Civic Type R telah berjaya dihasilkan menggunakan bongkah LEGO. Idea idea direalisasikan oleh LEGO Master, Ryan McNaught bersama 9 ahli pasukannya dengan kerjasama Honda Australia.

Advertisement

Jangka masa untuk menghasilkan sebuah Honda Civic Type R versi LEGO memerlukan LEGO Master yang dikenali sebagai McNaught mengambil masa selama 1,300 jam untuk menyiapkan pemasangan 320,000 bongkah lego.

 

Walaupun ia menggunakan LEGO, model ini dilengkapi dengan sistem sekuriti pada bahagian pintu kereta serta hadir dengan sistem lampu yang lengkap.

Honda Civic Type R versi LEGO ini akan dipamerkan oleh Honda Australia di negara berkenaan pada 28 April ini.

Bila Malaysia nak keluarkan koleksi kereta versi LEGO?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...