Pernah Kongsi Masalah & Akhirnya Terlanjur! Patut Beritahu Pasangan Cerita Sebenar?

Trending

Pernah Kongsi Masalah & Akhirnya Terlanjur! Patut Beritahu Pasangan Cerita Sebenar?

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah kesilapan paling besar pernah saya lakukan seumur hidup saya. Perkara yang saya sendiri tidak terlintas di fikiran.

Advertisement

Saya, seorang isteri, ibu dan berkerjaya. Syukur, kehidupan kami sentiasa penuh dengan senyum tawa, kegembiraan lebih-lebih lagi dikurniakan pengikat kasih sayang yang kami nantikan selama lima tahun berkahwin.

Saya menikmati kehidupan dengan penuh kasih sayang di samping suami yang sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.

Dikurniakan suami yang begitu penyayang, penyabar, rajin dan baik membuatkan saya cukup bersyukur di atas kurniaanNya. Namun, saya telah melakukan perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan saya ini.

Saya bekerja di sektor yang memerlukan berurusan dengan majoriti lelaki. Nak dikatakan cantik, tidaklah secantik mana. Mungkin kerana saya agak peramah dan bentuk badan yang tidak terlalu berubah menyebabkan kebanyakannya menganggap saya bujang.

Daripada segi pemakaian tidak pula menjolok mata. Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya harus menjaga nama baik suami dan maruah diri ketika di luar. Walaupun kadang kala saya lupa diri seketika dek kerana semua orang memuji saya persis anak dara.

Dalam ramai-ramai kenalan kerja saya, ada rakan sekerja lelaki yang agak rapat dengan dengan saya, walaupun berlainan syarikat. Kami sentiasa berurusan melalui telefon, jumpa, kerja bersama hingga malam. Tak pernah sehari pun kami tak berjumpa.

Rakan sekerja ini pun sudah berumah tangga dan punya dua anak. Kadang kala kami kongsi hal-hal keluarga atau perihal anak. Agak seronok kerana kami tidaklah sentiasa fikirkan hal kerja sahaja. Kami keluar makan sama.

Teman balik sampai kereta. Lama kelamaan, kami berborak soal hati dan kata-kata manja. Walau bagaimanapun, apabila balik ke rumah, kami tidak berhubung kerana menghormati masa bersama keluarga.

Hanyut dengan kata-kata manja dan layanan baik setiap pertemuan menjadikan kami lupa akan dosa yang dilaknat Allah SWT. Bermula dengan ciuman di pipi, akhirnya melarat hingga berpelukan.

Setiap kali masuk kerja, kami tak lepaskan masa yang ada jika kami bekerja berdua. Pelukan itu umpama suami isteri. Lupa masing-masing telah berkeluarga. Whatsapp kami penuh dengan kata indah, kasih sayang. Namun, semua itu, tidak kami tunjukkan pada umum.

Baru-baru ini, saya pergi kursus di sebuah negeri. Si dia sanggup menemani saya dengan memandu jauh selepas waktu kerjanya gembiranya ingin menemani saya ke sana. Padahal dia bekerja pagi tu. Si dia sanggup. Saya terharu dengan pelawaannya untuk menemani saya di sana.

Kami berlainan bilik namun malam tu si dia mengajak saya menemaninya di bilik. Akhirnya kami berdua hanyut dan terlanjur. Saya terlanjur dengan insan lain.

Selama bertahun-tahun saya berkahwin, tidak pernah terfikir dan terniat di hati untuk melakukan perkara yang dilaknat. Saya tak sangka sanggup berzina dan memberikan diri yang selama ini dijaga untuk suami kepada orang lain.

Agak sedih dengan perilaku sendiri, saya malu bila memandang diri ke cermin. Saya telah mengkhianati kepercayaan dan kasih sayang suami. Saya membelakangkan suami kerana tidak dapat menahan nafsu syaitan.

Kini bila saya pandang suami dan anak, saya rasa berdosa sangat pada mereka. Saya rasa kotor sangat diri ini untuk mendekati suami yang begitu baik.

Saya sentiasa terkenang dan teringat akan perbuatan saya setiap kali saya bersama suami. Ya Allah, air mata ini laju saja bila terlintas perkara itu

Mengapa iman saya terlalu rapuh walhal selama ini saya jaga dan berhati-hati bila mendekati orang lain. Saya tak sanggup memberitahu pada suami yang saya telah terlanjur dengan orang lain, suami orang.

Setiap kali saya solat, hati saya jadi sayu. Saya berdosa sangat dalam hidup saya. Adakah Allah akan mengampuni diri saya?

Adakah patut untuk saya beritahu pada suami bahawa isteri yang amat dikasihi ini telah terlanjur? Apa yang patut saya lakukan?

Bantulah untuk saya berasa tenang dan dapat menikmati kehidupan saya seperti sebelum ini. Saya dan si dia mengambil keputusan untuk tidak akan mengulangi kesilapan besar ini.

Kami berjanji untuk tidak akan terlalu rapat tak kira bila dan di mana. Walaupun hakikatnya kami malu dengan perilaku masing-masing. Bila sudah berlaku barulah teringat keluarga. Pengalaman yang cukup pahit dan kesilapan terbesar dalam hidup saya. Bantulah saya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

11 Comments

  1. Pakcik

    May 3, 2017 at 7:37 pm

    Sbb itu dlm islam dilarang menggampiri zina. Jika telah dihampiri maka zina itu menjadi mudah berlaku sbb syaitan telah bersama mereka. Cegah dahulu sebelum parah.

Loading...