“Pernah Kena Terajang Sebab Pergi CC? Aku Pernah Dan Takkan Lupa Peristiwa Itu”

Trending

“Pernah Kena Terajang Sebab Pergi CC? Aku Pernah Dan Takkan Lupa Peristiwa Itu”

Tertengok satu video ayah seorang budak ini, tangkap dia di cyber cafe. Terus teringat waktu zaman aku kecil dulu, punyalah nakal dah macam setan. Beberapa kali jugalah kena tangkap dengan ayah aku di cyber cafe waktu tengah leka bermain.

Advertisement


Okeylah kena tangkap di cyber cafe daripada kena tangkap masa tengah berkepit dengan anak dara, lagi teruk. Miang, dasar cinta monyet. Selepas itu, kau belajar pun tak pandai.

Bila awek kau masuk asrama, dia minta putus sebab dia nak fokus study.Padahal dia dia nak fokus dengan jantan yang lagi bestari dari kau. Padan muka kau. Puih! Pergilah bercinta lagi.

Kahkahkah! Maaf, aku teremosi. Aku sambung balik cerita tadi.

Tetapi ayah aku punya gengster jangan ceritalah. Dia jumpa saja aku di cyber cafe, di situ juga di bawa kayu dan dia libas terus. Libas terus tau, bukan libas corner. Kau apa tau? Fikir perempuan memanjang 24 jam! Sorry, teremosi lagi.

Bila dah libas, dia bagi hadiah harijadi. Diterajangnya sampai tersungkur di depan orang ramai. Gila bapaklah. Kalau semua jantan tak apa, ini siap aney mamak itu pun tengok aku.

Ya betul aney mamak itu pun jantan. Kau boleh bayangkan macam mana aku sujud syukur terus depan orang ramai? Malu nak mampos! Senak jantung aku ini nak menahan malu.

Macam lepas menang World Cup pun ada pada waktu itu. Tinggal nak angkat piala saja lagi.

Pehh! Kenangan tu bro

Belum harijadi, kau pun dah dapat hadiah. Depan orang ramai pula tu. Kau nampak tak betapa penyayangnya ayah aku? Tapi itulah, aku budak kecil kan, mana nak serik?

Pergi juga cyber cafe dalam diam-diam. Selepas itu kantoilah lagi. Allahu, seronok rasa bila kau terkantoi masa itu. Rasa dunia ini kau yang punya, melayang-layang fikiran kau.Terbayang tasik yang indah dikelilingi bunga yang sangat cantik. Berdesing telinga rasa macam kau tengah naik UFO.

MAMPOS!

Sah! Ayah aku! Sekali lagi kena terajang sampai tersungkur di depan orang ramai. Kali ini ayah aku bagi terajang ala-ala main takraw. Nasib baik dia tak buat terajang gunting saja. Tak hafal lagi agaknya. Melambung beb!

Aku yakin, orang ramai di kedai mamak itu memang tengah tunggu acara aku sujud saja lagi. Lepas itu apa lagi? Teruslah aku berlari masuk ke kereta. Sampai di rumah, bersambung adegan aku kena terajang. Doa paling balik waktu itu kau tahu tak apa?

“Ya Allah, kau hilangkanlah paip getah. Kau hilangkanlah tali pinggang atau batang besi di dalam rumah ini. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku memohon pertolongan..”

Punyalah garang ayah pada zaman itu. Walaupun tak join kongsi gelap, tak join tiga line bagai, tetap gengster gila. Dia punya terajang tu dah macam Makelele ambil free kick beb. Padu dan syahdu. Terlompat sikitlah kau bila kena.

Nak cuba? Aku boleh tunjukkan contoh. Bukan terajang saja yang aku bagi, siap smash dengan raket pun aku boleh buat. Baru kau tahu birat itu apa.

Paling best dan celaka sekali adalah sewaktu adik aku langsung tak balik ke rumah. Aku dah pening dan aku memang dah agak ayah akan suruh aku pergi cari adik. Gila betul, takkanlah nak jalan kaki? Ah! Berjalan jugalah aku.

Dalam kepala otak aku memang tak ada tempat lain dah. Memang ada satu post yang memang muka dia saja di situ, CC!

Aku pun pergilah berjalan kaki, jauh juga. Sampai di sana, sah dia tengah bermain. Power! Adik aku ini rileks saja main malam-malam. Dia lupa ke ayah aku tu kaki pukul? Sampai saja ke adik, aku pun beritahu yang ayah suruh dia balik. Tetapi dia pandang aku sekejap dan berkata,

“Bangde, duduklah main di sebelah. Bangteh belanja,” katanya.

Kepala bana!! Dia offer aku benda yang aku paling menyesal kalau aku tolak. Ayat itulah paling aku ingat sampai ke hari ini. Aku dengan terus lupa apa yang ayah aku pesan, terus duduk di sebelah dia dan leka bermain.

Main pakej bro, tiga jam. Dah macam pekena ganja, habis khayal aku dengan offer itu. Kecil-kecil dia dah pandai merasuah aku. Dah besar nak jadi ment*** ke? Biadab punya adik. Apa-apa sajalah. Aku pun fokus dengan game gila zaman itu, Ragnarok. Tak sampai 15 minit aku duduk di kerusi itu..

PANGG!!!

Hinggap penampar di kepala! Bagus! Bagus! ini yang paling aku suka pun. Celaka punya offer, habis terkhayal aku. Aku apa lagi, terus terjatuh dari kerusi. Bila tengok sebelah, adik aku memang dah jatuh lagi jauh kena terajang. Okey, mampokslah aku kali ini.

Ayah dengan abang aku datang masa itu. Memang teruk kena bantai beb. Adik aku tu dah macam layang-layang dah kena terajang. Aku ini setakat bergolek macam bola saja.

“Kau suka ke aku tembam? Kau tu sama saja! Fish ball!”

Ini semua kenangan masa nak kecil-kecil dulu. Penangan mabuk main cyber cafe bagai. Manakan tidak, zaman itu mana ada game lain. Itu sajalah yang ada.

Akhir sekali selepas perangai macam hantu, adik aku itu kena hantar masuk sekolah pondok dah pun jadi ustaz.Aku saja tak lepas masuk pondok sebab dari kecil memang dah boleh ajar budak-budak sekolah tadika mengaji. Kekehkeh! okay, tak kelakar.

Korang pernah ada pengalaman kena tangkap di cyber cafe masa kecil dulu? Ke kau budak baik duduk menggatai dengan perempuan saja? Jantan miang!

Kawan aku dulu lagi power, pergi sekolah pakai songkok. Muka baik nak mampus. Dalam kelas, dia memang asyik skor saja bila ujian pendidikan Islam.

Tetapi itulah, cakap dengan mak ayah nak pergi tuisyen, akhir sekali cyber cafe juga yang dia masuk. Kau nampak tak sebenarnya pakai songkok itu belum tentu kau anak yang soleh?

Tengah sedap dan asyik dia bermain game spiderman dok terbang sana sini, belum sempat spidermannya nak mendarat, telinganya dah kena jentik dari belakang. Bila pandang ke belakang, ayah dia berdiri.

Hah! Nak jawab apa? Makan jentik-jentiklah jawabnya.

Aku tak pasti berapa kelai penerangan dia dapat semasa dia tiba di rumah.

Kau nampak tak?

Dulu pantang pergi ke cyber cafe, memang akan kena libas. Pandangan ibu bapa dulu. cyber cafe ini tempat orang jahat. Kadang-kadang naik pelik juga, mana mak ayah tahu kita tengah leka di situ? Tau-tau saja dah muncul. Nak jawab apanya? Larilah jawabnya.

Terkumat kamit mulut membaca al-fatihah masa itu. Itulah orang kata, dulu setakat hantu itu kita okey lagi, jangan sampai jumpa mak ayah kita berdiri di belakang sewaktu kita sedang sibuk bermain game. Itu memang perkara yang paling menakutkan dalam dunia.

Nak tanya, budak-budak sekarang pernah makan terajang tak semasa tengah main game spiderman di cyber cafe? Kiranya spiderman kau belum sempat mendarat, kau dulu dah mendarat di simen. Kalau tak pernah, memang tak powerlah.

Baik kau teruskan saja dengan usaha kau menjadi ahli berbaih warga WeChat. Itu lebih baik, sekurang-kurangnya tak makan penerajang sampai sujud rakaat akhir.

Tak legendlah korang! Badan lembut, selepas tu nak masuk tiga line. Memang telurlah kan? Dahlah badan tidak pernah melihat bengkak makan syurga emak kau (tapak kaki ayah).

Mungkin ayah kau hari ini kaki bangku, jadi kau selamatkan kan? Kalau aku jadi ayah kau, haa malaslah aku nak jadi ayah kau.

Kredit : Amir Hamzah Abdul Hamid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...