Pernah Kena Reject Sebab Gemuk, Gadis Ini Kongsi Tips Hilang 26 kg Dalam Beberapa Bulan

Trending

Pernah Kena Reject Sebab Gemuk, Gadis Ini Kongsi Tips Hilang 26 kg Dalam Beberapa Bulan

Obesiti merupakan satu epidemik yang melanda masyarakat moden. Katakan apa saja yang anda mahu, kegemukan bukanlah satu keadaan yang baik untuk seseorang individu, dan ia menyebabkan ‘kekangan’ untuk hidup kerana masalah kesihatan dan sosial sesama individu.
tiaraan
Sejak kebelakangan ini diperhatikan semakin ramai yang berjaya mengurangkan berat badan dan seorang pengguna Facebook bernama Tiara Atasya telah mengongsikan tips menghilangkan berat badan sebanyak 26 kg, hanya dalam masa beberapa bulan. Ikuti tulisan beliau:

Advertisement

Hey guys, hari ini I nak share tips i hilangkan berat badan dari 65 kg to 39 kg, pinggang seluar dari 30 inci kepada 23 inci. Disebabkan ramai yang nampak perubahan I and tanya macam mana cara I hilangkan berat badan in just few months so kat sini i nak share tips dan cara i amalkan.

So disebabkab iI dari genetic yang berangka besar so memang susah nak turunkan berat badan especially part PIPI, LENGAN, PEHA dannnnn paling annoying DOUBLE CHIN.

Sejak zaman sekolah memang tak lari dari pipi tembam. orang mengata pipi kau tembam tapi sebab kau rasa kau kurus so kau buat tak tahu je.

Pernah kena reject sebab gemuk and tak confident bila nak keluar. Mak suruh exercise tapi kau pergi dapur cedok nasi makan depan tv. Helookkkk sangat!

Okay dah banyak membebel so here are the tips:-

Nafsu Makan

1) Tahan nafsu makan. Tak kisah la masa tu kau kebulur macam mana pun kena tahan jugak.

Makan Buah

2) Gantikan nasi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Okay part ni mmg buat I kurus. buah yang I amalkan ialah apple hijau je.

Senaman

3) Exercise sejam sehari tapi disebabkan you dah cut nasi so memang you akan rasa penat and tak larat. In this case you buat 30 minit cardio pun dah okay asalkan badan tu keluar peluh.

Jangan Stres

4) Jangan stress. bila stress mulalah lapar pastu nak makan. Eeee geram

Tanamkan Azam

5) Last part tanam dalam diri yang AKU NAK KURUS! START YOUR DIET TODAY NOT TOMORROW.

Sesetengah orang boleh diet makan nasi tapi dengan portion sikit tapi sebenarnya ada jugak sesetengah badan yang langsung tak boleh terima karbo macam I. So for those yang ada masalah macam I dulu, stop untuk beberapa bulan dari makan nasi. Lepas dah nampak hasil makan la sikit tapi jangan la sampai tak terkawal silap-silap hari bulan gemuk balik.

Sampai sekarang I still amalkan diet and exercise untuk maintain body dan untuk sihatkan badan and sampai sekarang I still tak makan nasi, almost 9 bulan tanpa nasi dan makanan yang banyak calori.

Hopefully you guys yang mana tak confident dengan berat badan boleh start amalkan cara-cara ni dengan harapan AKU NAK KURUSSSS. Sekian.

1

2

3

4

5

Jadi jelas di sini, karbohidrat perlu dikurangkan pengambilannya jika anda ingin menguruskan badan namun ia masih boleh diperdebatkan. Ini juga menyokong dapatan pengasas Diet Atkins iaitu Dr Robert C. Atkins bahawa penyebab utama kegemukan ialah pengurusan gula darah dalam badan kerana rembesan insulin yang tidak efisien menyebabkan badan tidak dapat membakar lemak dengan baik.

Apa pun, orang yang berbadan besar ini, bila kurus memang mengancam habis, setuju tak?-amazingnara.com


Sumber: Tiara Atasya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...