Rasanya isu berkaitan dengan body shaming ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Bukan saja orang biasa yang terkena dengan hal itu, malah selebriti tanah air juga tidak terkecuali.
Kalau dilihat dalam ruangan komen hantaran yang di buat oleh para selebriti, pasti akan ada komen-komen body shaming. Seperti pelakon Janna Nick yang baru-baru ini juga terkena komen negatif itu.
Selain daripada Janna Nick, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga tidak terkecuali. Beliau memberitahu dirinya di tegur sudah berisi.
View this post on Instagram
Kerana menerima komen negatif seperti itu, Fazley telah membalas komen tersebut kerana merasakan hal berkenaan tidak seharusnya di tegur oleh ramai.
Pernah kena penampar tak dengan chopping board?
Melalui Insta Story cef selebriti itu juga, beliau meluahkan rasa kesal dan memberitahu dirinya telah menerima beberapa mesej daripada sesetengah warganet yang menegur bentuk fizikal sudah semakin membesar sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, body shaming boleh membuat seseorang individu berasa terganggu dari segi emosi dan ia mampu menjatuhkan confidence individu yang menerima komen seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.