Sekitar tahun 2013, pelakon Uqasha Senrose pernah mempunyai kemelut bersama pengurusan MIG apabila beliau bertindak untuk keluar daripada syarikat berkenaan sebelum kontraknya tamat.
Antara sebab Uqasha meninggalkan MIG ialah beliau ketika itu sedang hangat bercinta dengan Pekin Ibrahim. Umum mengetahui antara syarat untuk menjadi artis syarikat berkenaan ialah mereka tidak boleh bercinta.
Namun, selepas membuat keputusan untuk membuka hijabnya baru-baru ini, Uqasha telah kembali menjadi artis dibawah naugan MIG.
Perkara itu agak pelik dan dipersoalkan oleh netizen. Mereka tertanya apakah motif sebenar David Teo kembali menerima Uqasha didalam syarikatnya itu.
Ada pula yang mengatakan, punca Uqasha membuka hijab mungkin berkaitan dengan perkara ini.
Bukan mudah untuk seseorang artis kembali ke sesebuah pengurusan ataupun produksi jika mereka pernah bersengketa ataupun mempunyai masalah sebelum ini. Tentu ada sesuatu tawaran yang tidak mudah Uqasha lepaskan, betul tak?