Pelakon Syazwan Zulkifly mendedahkan bahawa dia kini tidak kisah untuk terus hidup bujang selepas perancangannya mendirikan rumah tangga sekitar Mac tahun lalu punah di tengah jalan.
Kata pelakon drama Angkara Cinta ini lagi, meskipun ikatan tali pertunangannya bersama wanita yang dikenali sebagai Sya Zulkifli putus tahun lalu, dia tidak terdesak untuk segera menamatkan zaman bujang.
Walaupun pernah digosipkan sedang menjalin hubungan bersama pelakon Wan Sharmila sebelum ini, namun perkara tersebut hanyalah khabar angin di mana kedua-duanya telah menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada kawan artis.
View this post on Instagram
“Putus tunang tidak menganggu hidup saya kerana dah anggap sudah tiada jodoh antara kami. Walaupun pernah putus tunang, saya tidak serik untuk kembali bercinta, bertunang dan jika sudah samapi jodoh, berkahwin.
Malah kata Syazwan lagi, hubungan dia dengan bekas tunang juga masih baik dan tiada sebarang persengketaan terjadi antara mereka.
Ujar Syazwan lagi, ahli keluarganya juga tidak memberi tekanan untuk dirinya mencari pasangan meskipun usianya sudah menjangkau angka 34 tahun. Oleh disebabkan itu juga, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini lebih selesa hidup bujang dan tidak meletakkan sasaran usia untuk menamatkannya.
View this post on Instagram
“Buat masa sekarang saya tidak kisah untuk hidup membujang sampai bila-bila. Sepatutnya saya berkahwin tahun lepas, tetapi tiada jodoh. Jika esok lusa sudah sampai seru dan terasa mahu berkahwin, saya akan berkahwin.”
Dia juga sempat memberitahu bahawa tiada syarat ditetapkan untuk wanita di luar sana yang ingin menjadi isterinya namun hanya mementingkan restu daripada ibu tercinta.
Perkembangan lain, Syazwan kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Angkara Cinta yang masih berlangsung untuk siaran 115 episod di Ipoh, Perak.