Penyanyi dan pensohor media sosial, Caprice memberi bayangan di Instagram bahawa dia mempunyai bukti pelakon dan penyanyi Naim Daniel terlibat dalam kes amang seksual bersama remaja berusia 17 tahun baru-baru ini.
Sebelum ini, Caprice ada memuat naik tangkap layar portal berita yang melaporkan Naim telah dianiaya oleh pelajar tersebut.
Dia juga meletakkan kapsyen berserta emoji ketawa dalam hantaran tersebut.
‘
Penyanyi rap itu juga menjawab soalan netizen yang bertanyakan sama ada dia mempunyai bukti berkenaan kes itu.
Caprice kemudian menulis
Pernah ke kita bertindak kosong?
Terdahulu, Naim Daniel hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja 17 tahun namun dia dilaporkan mengaku tidak bersalah.
Sebutan kedua bagi perbicaraan kes itu akan berlangsung pada 18 Ogos 2025 nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.