Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang aktres Fathia Latiff yang teruk dikecam kerana mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap Zahirah Macwilson.
Menerusi siaran langsung, Fathia menyamakan wajah Zahirah Macwilson itu seperti bibik dan mendakwa dia melakukan pembedahan plastik di bibir.
Persoal pencapaian Zahirah
Bukan itu sahaja, Fathia berkali-kali menekankan dia lebih bagus daripada Zahirah daripada segi rupa paras dan pencapaian dalam industri.
Meskipun teruk dikecam oleh ramai warganet di media sosial, Fathia tetap tidak mempedulikan hal itu dan berkata dia mempunyai hak untuk bersuara.
Menerusi Instagram, Fathia turut memuat naik story tentang isu tersebut dan dilihat masih melakukan provokasi terhadap Zahirah yang sehingga kini masih berdiam diri.
Pernah ke (wajah) terpampang pada lebih 10 muka depan majalah, tak? Jadi, diam.
“Pernah ke berlakon filem?”
Bukan itu sahaja, aktres berusia 36 tahun tersebut turut mempersoal jika Zahirah pernah berlakon filem dan memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH sepertinya suatu ketika dahulu.
Meskipun ibu Zahirah tampil bersuara tentang hal ini namun aktres tinggi lampai itu dan Aiman Hakim masih tidak memberikan apa-apa respon berkenaan kenyataan Fathia.
Dalam pada itu, ramai warganet berpendapat Fathia berhati busuk dan mendakwa dia masih belum move on daripada perpisahannya dengan Aiman.