Pernah Jadi Pencuci Bank Dan Gadai Gelang Emas, Achey Titip Penghargaan Buat Isteri Sempena Hari Lahir

Hiburan

Pernah Jadi Pencuci Bank Dan Gadai Gelang Emas, Achey Titip Penghargaan Buat Isteri Sempena Hari Lahir

Pelawak Achey baru-baru ini menerusi sebuah hantaran di Instagramnya telah menitipkan kata-kata penghargaan buat isteri tersayang, Nur Hasanah Yahaya yang menyambut hari lahirnya, semalam.

Achey dalam entri tersebut mengakui isterinya itu merupakan seorang wanita yang tabah dan sangat cekal dalam menjalani hidup bersamanya sepanjang perkahwinan mereka.

Advertisement

Sempena hari lahir Hasanah, Achey berkongsi pengorbanan isterinya ketika di awal perkahwinan apabila dia sanggup bekerja sebagai tukang cuci serta menggadai harta kesayangan berupa barang kemas demi kelangsungan hidup.

“Susahnya dahulu kita mula-mula berkahwin..takkan saya lupa..tapi awak tenang hadapi bersama..jadi cleaner bank, jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas, gadai gelang kahwin..Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku? Semua yang halal awak buat janji lepas..”

Dalam hantaran itu, Achey turut berkongsi sekeping foto lama yang memaparkan Hasanah sedang berniaga sate pada satu ketika dahulu.

Ujar anggota kumpulan lawak Bocey itu lagi, isterinya adalah orang pertama yang percaya dengan bakat seni dan menyokong usahanya ketika di awal pembabitan dalam dunia seni.

Terdahulu, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah mendirikan rumah tangga bersama Hasanah pada tahun 2011 dan mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Tiara Zinnirah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...