Pernah Jadi Juruhebah, Kenali Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah Ke-16

Trending

Pernah Jadi Juruhebah, Kenali Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah Ke-16

Umum mengetahui Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kini telah sah menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pernah Jadi Juruhebah, Kenali Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah Ke-16

Advertisement

Beliau yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman difahamkan telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri semalam.

Malah, beliau juga sebelum ini mengesahkan telah menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada Isnin.

Pernah Jadi Juruhebah, Kenali Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah Ke-16

Biarpun namanya mula disebut-sebut dalam kalangan warganet, namun ramai juga yang tidak tahu bahawa jejaka berusia 65 tahun ini pernah menjadi juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1976.

Oleh hal yang demikian, di bawah ini merupakan antara profil Hajiji sebelum bergelar Ketua Menteri Sabah:

  1. Mendapat Pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Amerika Syarikat
  2. Pernah menjadi juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1976
  3. Pernah menjadi Penguasa Kastam Sabah dari 1986 hingga 1990
  4. Pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Bendahari Bandar Tuaran, Bendahari Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bendahari BN Sabah
  5. Menjadi Ketua Badan Pemimpin Bersatu dari tahun 2019 sehingga harini
  6. Pernah menjadi Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1992 hingga 1993
  7. Merupakan Menteri Kerjaaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 2004

Pernah Jadi Juruhebah, Kenali Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah Ke-16

Sekadar informasi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang berlangsung Sabtu lalu telah menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia selepas rakan sekutu GRS iaitu PN memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS tujuh kerusi.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...