Pernah Iklankan Diri Sendiri Untuk Cari Jodoh, Lelaki Ini Akhirnya Temui Cinta Hati Selepas Sebulan

Trending

Pernah Iklankan Diri Sendiri Untuk Cari Jodoh, Lelaki Ini Akhirnya Temui Cinta Hati Selepas Sebulan

Masihkah anda ingat tentang seorang lelaki yang mencari jodoh dengan menggantung banner di jalan? Noor Aziro Abdullah mula viral selepas banner yang digantungnya dikongsikan di media sosial. Selepas berputus asa mencari jodoh menerusi media sosial, dia nekad mengiklankan dirinya menggunakan banner.

Baca: Lelaki Cari Pasangan Hidup Guna Gegantung Kerana Terlalu Banyak Persaingan Di Media Sosial

Advertisement

Ternyata tindakannya itu berhasil kerana tak sampai sebulan, dia telah menemui calon untuk dijadikan isterinya. Wanita yang berusia 33 tahun yang juga dari Terengganu itu menghubunginya selepas melihat banner yang digantung.

Selepas beberapa minggu berbalas mesej, mereka akhirnya bertemu minggu lalu sambil ditemani adik perempuannya. Wanita yang bekerja sebagai kerani itu bersetuju untuk menjadi isterinya namun mereka memilih untuk berkenalan terlebih dahulu.

Gantung banner

Iklan mencari jodohnya itu viral pada awal bulan lalu selepas ramai yang menganggap ianya unik dan lain daripada yang lain. Walaupun iklan tersebut kemudiannya diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun, namun dia masih menerima beberapa panggilan dari Klang, Johor, Sarawak malah ada juga dari Indonesia.

Dia juga pernah menerima panggilan dari seorang lelaki yang bertanya sama ada caranya ini berkesan atau tidak kerana ingin melakukan perkara yang sama untuk rakannya. Buat masa ini, dia memberitahu ingin menamatkan usaha mencari jodohnya itu dan memberikan tumpuan pada hubungannya bersama gadis tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...