Pernah Hidang Periuk Depan Muka Suami, Isteri Nubhan Imbau Kenangan Ketika Awal Perkahwinan, “Panas Hati Betul Dia Sampai Merajuk..” – Dr. Afifah

Hiburan

Pernah Hidang Periuk Depan Muka Suami, Isteri Nubhan Imbau Kenangan Ketika Awal Perkahwinan, “Panas Hati Betul Dia Sampai Merajuk..” – Dr. Afifah

Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Tawfek baru-baru ini tampil mengimbau memori sewaktu di awal perkahwinannya bersama suami kira-kira lima tahun yang lalu.

Dia dilihat telah berkongsi kenangan itu di laman instagram miliknya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-lima bersama Nubhan yang diraikan mereka pada bulan ini.

Advertisement

Menurut Afifah, dia mengakui mereka berdua mengalami sedikit kesukaran pada tahun pertama hidup bersama kerana masing-masing baru cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain.

View this post on Instagram

Stronger and stronger….. 5th year anniversary and a 12 years story. Love story fie dan suami sama je macam orang lain. Jumpa-jumpa berkawan…. dari berkawan jatuh hati, lama2…. @nubhan.ahamad ajak kahwin.. masa tu ingat meter umur dah nak reach red. So, bila orang masuk meminang terus onz! Malas jugak nak jual mahal? Jodoh pertemuan tu ditangan tuhan. Walaupun parents fie bantah sekeras-kerasnya, tp jodoh, akhirnya 2 orang anak dah sekarang. Bukan nak menunjuk tapi dulu masa dekat bumi anbiya’ mesir, mulut sendiri cakap “aku tak kan kahwin dengan artis kot. Nak carik doktor” akhirnya ketulahan? Tahun pertama berkahwin masing2 baru nak kenal each other. Masing2 ada cara hidup berbeza… tahun pertama sangat mencabar bila dikenang balik kelakar pun ada. Fie pernah hidang periuk depan muka nubhan masa 1st time masakkan untuk suami…. hot betul nubhan malam tu. sampai merajuk. Hahahaha… rupanya dia nak kita serve mcm isteri mithali. Out betul hari pertama nk tunjuk bakat memasak. Ada x pengalaman kelakar korang masa awal2 kahwin bila fikir balik nth apa2 la kita ni….?? #lovematte #howwevematte @lantarabeauty Attire by : @rashidmoshi Styled by : @thelatifi

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on

“Tahun pertama berkahwin masing-masing baru nak kenal antara satu sama lain. Masing-masing ada cara hidup berbeza. Tahun pertama sangat mencabar bila dikenang balik, kelakar pun ada. Saya pernah hidang periuk depan muka Nubhan masa pertama kali masakkan untuk suami. Hot (panas hati) betul Nubhan malam tu sampai merajuk. Rupanya dia nak kita hidang macam isteri mithali. Out (gagal) betul hari pertama nak tunjuk bakat memasak,”

Tidak menyangka akan berumah tangga dan berpasangan dengan lelaki yang berstatus selebriti meskipun dibantah sekerasnya oleh ibu-bapa, Afifah menganggap segala jodoh dan pertemuan itu di tangan Yang Maha Esa.

View this post on Instagram

Special thanks to my surprise team ? @myhappymoments.my @lantarabeauty team Venue by : @kerongsangemas_ked ? and MUA : @rashidmoshi Styled by @thelatifi Thank you so much for helping us make our special day even more special with your presence. To our families and friends, your presence is an honor and a joy in our lives. We are especially grateful for the distances that many have traveled to be here with us today. Our special wish is that each of you will continue to be a part of our lives. Thank you for celebrating our magical day with @nubhan.ahamad and I. We hope you enjoyed yourselves as much as we did. Love, Dr. Fie P/s : Alhamdulillah surprise menjadi? it means so much to me and husband and we will always cherish the fond memories made today.

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on

“Jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Walaupun ibu bapa saya bantah sekeras-kerasnya, tapi jodoh akhirnya dua orang anak dah sekarang. Bukan nak menunjuk tapi dulu masa dekat bumi Mesir, mulut sendiri cakap ‘aku takkan kahwin dengan artis kot’, nak cari doktor akhirnya ketulahan,”

Mengimbas kembali, pasangan Nubhan dan Afifah ini telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...