Pelakon Roslan Shah sekali lagi mencuri tumpuan penonton apabila melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam di lokasi terpencil.
Menerusi perkongsian di YouTube, Roslan Shah, atau lebih mesra dipanggil Cik Lan, membawa penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sebagai selebriti jemputan untuk segmen terbarunya kali ini.
Situasi menjadi lebih menggelikan hati apabila aksi Cik Lan dilihat cuba mengambil kesempatan apabila bergandingan dengan penyanyi berbadan sasa itu.
Cik Lan tidak ketinggalan menyoal beberapa soalan panas yang membuatkan suasana paranormal tersebut bertambah menarik dengan gelagat masing-masing.
Aliff pernah dukung orang tak? Macam dukung orang sebaya Cik Lan. Teringin nak kena dukung.
Selain itu, Cik Lan juga membawa bekalan makanan hasil pertanyaannya kepada ibu Aliff mengenai menu kegemaran penyanyi tersebut.
Tadi Cik Lan ada telefon mak Aliff, tanya apa makanan kegemaran, kata umi ini makanan kegemaran Aliff.
Detik paling mencuit hati berlaku apabila Cik Lan sempat meloncat di atas bahu Aliff Aziz, menyebabkan penyanyi itu terpaksa mendukungnya kerana terlalu takut selepas terdengar bunyi yang kurang menyenangkan.
Di ruangan komen, warganet mengakui terhibur menonton gelagat Cik Lan dan Aliff Aziz, malah ramai berseloroh mengatakan Cik Lan memang cuba mengambil kesempatan di sebalik kesulitan situasi paranormal itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.