Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pernah Diugut Peminat Artis Korea, Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick Agar ‘Hilangkan Diri’ Seketika

Janna Nick Naim Daniel

Kecoh di media sosial beberapa hari ini apabila pelakon Janna Nick dihentam hebat oleh peminat kumpulan nyanyian daripada Korea iaitu Black Pink apabila dia didakwa mempermainkan nama salah seorang anggota kumpulan itu serta mempersendakan kematian seorang artis kelahiran luar negara itu.

Janna Nick IGSumber : Google  
Janna Nick TwitterSumber : Twitter Janna Nick  

Kekecohan akibat salah faham itu turut melibatkan beberapa artis yang lain seperti Nazim Othman malah telah dibawa ke pihak berkuasa untuk urusan saman menyaman.

Advertisement

Perkara tersebut nampaknya turut menarik perhatian penyanyi Naim Daniel yang sebelum ini pernah dikecam peminat KPop suatu ketika dahulu.

Tampil memberikan pendapat, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin,24, menasihatkan agar Janna Nick ‘menghilangkan’ diri buat seketika daripada media sosial sehingga keadaan kembali reda.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Advertisement

“Saya pernah lalui situasi sama, dapat berpuluh ribu komen tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja. Jangan pula bila ada api, kita balas dengan minyak,sebaiknya simbah dengan air. Sebenarnya orang nak tengok kita melatah, kalau kita melatah memang orang tepuk tangan. Perkara itu akan makan diri kita balik. Jadi saya rasa ia adalah tindakan yang baik Janna ambil masa ini untuk cool down daripada media sosial buat sementara waktu untuk reflek balik, itu yang penting.”

Terdahulu, Janna telah menjadi perhatian netizen apabila dia mencetuskan kontroversi gara-gara mempersendakan kematian ahli kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun pada 2017 serta turut menghina anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Pelakon drama Marry Me Senorita itu walau bagaimanapun tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri pada tengah malah hari Ahad yang lalu atas dakwaan difitnah.

Naim dalam pada itu berharap agar insiden seperti ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada semua pihak agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Kata Naim lagi, nasihat itu bukan ditujukan hanya untuk Janna sahaja namun kepada semua masyarakat di luar sana. Dia turut berharap agar urusan pelakon wanita itu dipermudahkan di masa akan datang.

Naim Daniel RoseSumber : Hype.my  

“Kita tak tahu kata-kata yang kita ucapkan boleh memberikan kesan kepada orang, oleh itu kalau tiada benda baik yang nak dicakap, lebih baik kita diam sahaja. Saya juga harap semua urusan Janna dipermudahkan. Saya tahu tiada orang sempurna dalam dunia ini, begitu juga dengan artis. Kami tidak sempurna, kami pun ada cela masing-masing cuma janganlah kita sendiri yang membuka pekung itu.”

Sebelum ini, Naim pernah dikritik hebat oleh peminat KPop apabila dia telah menyunting foto dirinya bersama salah seorang anggota kumpulan Black Pink iaitu Rose sebelum memuat naik gambar tersebut di Instagram. Peminat kumpulan nyanyian itu kemudian mengecam tindakan Naim dan penyanyi lagu Purnama itu dilaporkan telah menerima ribuan mesej serta ugutan di laman sosial.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top