Pernah Dituduh Ambil ‘Barang’, Andi Bernadee Perjelas Isu Berat Badan Susut Melampau – “Saya Makan Pun Kena Tunduk..”

Hiburan

Pernah Dituduh Ambil ‘Barang’, Andi Bernadee Perjelas Isu Berat Badan Susut Melampau – “Saya Makan Pun Kena Tunduk..”

Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, memaklumkan keadaan kesihatannya semakin stabil selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak tiga hari lalu akibat hipertirodisme, iaitu keadaan tiroid yang terlebih aktif.

Dalam masa sama, doktor turut mengesahkan Andi menunjukkan simptom penyakit Graves, sejenis penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid.

Advertisement

andi bernadee

Menurut Andi, sebelum mendapatkan rawatan, keadaannya cukup membimbangkan apabila degupan jantungnya menjadi terlalu laju secara tiba-tiba sehingga mengganggu waktu tidur.

Kadang-kadang ketika tidur, saya terjaga kerana jantung berdegup terlalu laju. Saya juga mengalami sesak nafas, penurunan berat badan, menggigil dan tremor.

Kaki saya sentiasa bergerak seperti orang yang mengalami keresahan, dan sejak dahulu saya memang tak boleh berada di tempat panas.

Keadaan bertambah serius apabila hormon tiroid yang tidak terkawal menyebabkan ulser dan pembengkakan pada leher, sehingga membuatkannya sukar menelan, minum dan makan.

andi bernadee

Saya perlu mengunyah sambil menundukkan kepala, kemudian mendongakkan kepala dan minum air. Selepas itu saya mengalami demam menggigil dan meracau.

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari dirawat, Andi menunjukkan perkembangan positif dan kini berada dalam pemantauan rapi pihak perubatan.

Dia turut mendedahkan terpaksa mengambil pelbagai ubat termasuk steroid, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat kebas serta ubat hormon bagi menstabilkan keadaan.

“Saya perlu mengambil ubat sama ada enam bulan atau setahun, masih belum pasti. Buat masa ini saya sangat bergantung kepada ubat. Saya harap semuanya kembali normal dan keadaan saya terus bertambah baik,” katanya penuh harapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nubhan
2025-12-10 13:41:45

Ramai Nak Tengok Tersingkir GV, Nubhan Kekal Tenang - "Tak Menang Saya Balik Buat Sambal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...