Pernah Ditipu RM100k Hidup-Hidup, Gadis Ini Kongsi Tips Untuk Bangkit Kembali!

Trending

Pernah Ditipu RM100k Hidup-Hidup, Gadis Ini Kongsi Tips Untuk Bangkit Kembali!

Popular dengan panggilan manja ‘Lia Omey’, gadis kecil molek berusia 25 tahun ini mempunyai hati yang sangat kental dan semangat yang teguh dalam menceburi perniagaan.

Advertisement

Titik permulaan Lia Omey dalam perniagaan bermula apabila beliau menjual top up semasa belajar di kampus universiti.

Bermodalkan muka yang tebal,Lia Omey kental  ke hulu ke hilir dari kolej ke kolej, dengan panas terik berpeluh-peluh, tebalkan muka merayu-rayu pada orang untuk beli topup masa di Uitm Arau dulu.

Kadang-kadang ada orang beli. Kadang-kadang tu habuk pun takde.

Nur Aliah Mohd Nor di lahirkan pada tanggal 7 June 1992 di Kuala Lumpur. Aliah merupakan anak bongsu dari 4 orang adik – beradik.

Aliah mula bergiat dalam dunia perniagaan pada tahun 2011.

Kini beliau merupakan Top Stokis bagi produk Dexandra dan bukan calang-calang orang di kalangan keluarga Dexandra sendiri.

Asam garam dunia perniagaan, Lia Omey juga tidak terlepas dari diuji.Beliau pernah ditipu hidup-hidup sebanyak RM100k dalam bisnes.

Ini perkongsian beliau dan cara bagaimana beliau bangkit semula dalam dunia perniagaan..

Hari ini, masih lagi terasa penat dengan dinner awards malam semalam. Jadi memang hari ini hari rehat Lia je. Tak nak usik apa-apa kerja tentang perniagaan.

Badan pula ada rasa sakit-sakit sikit.

Alhamdulillah, Lia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari PICC Putrajaya.

Cehwah, macam la dinner jauh sangatkan? Jadi sementara Lia dalam kereta tak ada buat apa-apa, boleh la Lia nak berkongsi sikit kisah pengalaman Lia jatuh bangun dalam perniagaan.

Hmmm. Kalau nak cerita balik, nak ingat balik tu, memang masih terasa sakitnya tu.

Namun, setiap apa yang terjadi adalah pengalaman buat Lia, dan setiap pengalaman dapat mematangkan fikiran kita, untuk berfikir lebih jauh dan berfikir secara bijak.

Akhir tahun 2016, satu per satu terjadi pada Lia.

Perkara yang Lia tak boleh lupakan, umur 24 tahun Lia pernah hilang RM100,000 kerana atas dasar kepercayaan Lia pada seorang kawan, dan juga seorang bos di sebuah syarikat yang ada nama di Malaysia ini.

Siapa yang tak sakit, hilang ratusan ribu dalam sekelip mata macam itu sahaja.

Masa itu pula, Lia ada target sales untuk capai sales di HQ. Kalau achieve target sales HQ, HQ akan bagi percuma ticket untuk ke umrah. Sepanjang akhir tahun lepas, Lia menangis je dan betul-betul down.

Namun, siapa je yang tahu masa itu.

Kawan-kawan yang terdekat dan family saja yang tahu.

Dan masa zaman kejatuhan, Lia yakin dan percaya, Allah Maha Mendengar doa-doa hambaNya yang teraniaya. Dan Allah takkan sesekali menguji hambaNya di luar dari kemampuan diri kita.

Sehinggakan, Allah datangkan Pak Ary pada Lia, Lia pernah tanya satu soalan ini pada Pak Ary di Masjid Menara 165, “macam mana kita nak lalui ujian yang kita tengah hadapi sekarangi ini?”

Lia masih ingat kata-kata ini dari Pak Ary Ginanjar, Founder ESQ 165,

“Jika saat ini anda sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah kerana ujian itu hadiah daripada Allah. Dan jangan rasa ujian itu satu bebanan, ujian Allah beri kerana Dia sayang kita. Maka, senyum dan bahagialah dengan ujian yang diberi oleh Allah. Setiap ujian yang anda dapat, bersyukur. Dan ucapkan terima kasih Allah”. (Baca dengan gaya intonasi orang indonesia ya)

Tiba-tiba, menitis airmata Lia.

Sebak mendengar kata-kata dari Pak Ary. Allahuakbar.

Terus Lia mencapai tangan dua orang sahabat baik Lia, Shafahida dan Ayunizah. Kami berpelukan. Dan Shafahida bisik pada Lia, “sabar Lia, Allah sayang Lia, sebab itu dia uji, Lia orang yang sangat hebat”.

Di facebook, di group whatsapp, senang cerita, di social media, orang tak tahu apa yang kita sedang rasa, apa yang kita lalui.

Mereka hanya nampak 10% conscious mind sahaja luaran kehidupan kita. Nampak kebahagiaan, kejayaan, senyuman, dan kehebatan diri ini.

Lagi 90% subconscious mind pula, mereka tidak akan nampak segala perit, susah, tidur 2-3 jam, menangis, menahan mata, penat dan lapar yang kita sendiri tanggung untuk lalui kehidupan yang sangat mencabar.

Sampaikan, Lia masih ingat lagi, Kak Ernayanee, Founder Dexandra, pernah datang dan tanya pada Lia, “Lia, awak ada masalah ke?”.

Masa itu nak bergenang dah mata Lia.

Kak Erna seseorang yang dipanggil sebagai MAK dalam perniagaan Lia, dapat rasa anaknya tengah ada masalah. Gila tak rasa, selalu menjadi top stokis tiba-tiba pernah sekali jatuh terus dapat no 30-40 tangga di stokis.

Masa itu Lia cakap, takpe aku redha. Takpe, aku sabar.

Mama Lia pula tegur Lia “Tak ada restock ke kat HQ? Macam sikit je bulan ni Alia restock di HQ”. Allahu, sekali lagi berderai airmata Lia.

Kalau la mama tahu masa itu Lia tak ada duit pon nak restock. Tak ada.

Jujur cakap, sehingga Lia TERpaksa pergi pajak 50gram emas Lia untuk dapatkan duit semula. Syukur masa itu emas yang selamatkan Lia dari segala kesusahan.

Nak keluar duit dari ASB dan Tabung Haji tak tahu, Lia cuma tahu menyimpan je.

Sekali fikir, elok juga tak tahu, selamat juga saving Liakan.

Kalau keluarkan duit dalam saving, pasti mama Lia akan tanya macam-macam. Dan, daripada duit pajak Lia itu, Lia gunakan duit itu untuk gandakan semula duit Lia dalam akaun bank.

Lia restock, Lia buka booth jual Dexandra, Lia bantu team Lia.

Ya. Lia usaha dengan bangunkan team Lia semula, team Chettaki Omey.

Setiap malam Lia buat class online di group telegram dengan team Chettaki Omey, ajar segala ilmu yang Lia ada, semua ilmu yang Lia tahu Lia share kepada mereka.

Bermula dari situ, seorang demi seorang team Lia naik, sales mereka ada yang mencapai RM28,000 sebulan.

Terima kasih juga pada team management Lia yang banyak bantu Lia pada masa itu iaitu Yuyu, Shafahida, Nurrahimah dan Ammiey Miera. Mereka sentiasa bersama Lia waktu Lia susah.

Kami sentiasa bagi task pada team, pernah juga ajar mereka melalui live facebook di group, bagi rewards pada team yang mencapai target.

Antara rewards yang kami bagi shopping RM1300 di butik KLCC, wajah muka mereka yang menang sangat bahagia apabila dapat shopping handbeg, iphone dan jam.

Terbaru pula kami akan bawa agent-agent yang capai target untuk travel bersama ke HoChiMinh.

Target reward seterusnya pula kami akan bagi agent naik StarCruise pula.

Alhamdulillah, Lia sentiasa berusaha dan teruskan usaha. Satu per satu pelangi Allah bagi.

Baikkan Allah?

Dan tiba suatu hari, Manager Dexandra iaitu Safwan membuat pengumuman nama-nama stokis yang berjaya mendapat ticket ke umrah, dan Alhamdulillah! Nama Lia tersenarai.

Allahu, terus sujud syukur Lia pada Allah.

Terima kasih Allah, betul inilah hadiah yang sebenar-benarnya Allah nak bagi.

Sentiasa bersangka baik pada Allah.

Semenjak dari itu juga, Allah selalu temukan Lia dengan orang-orang yang baik, yang ingin bantu Lia boost my business to the max.

Lia dapat jumpa dan kenal coach Zie dan coach Nia, Lia dapat personal coaching dengan Ibu Hanim, dapat jumpa personally dengan Pak Ary, dan ramai lagi mentor-mentor hebat yang Lia dapat duduk berguru dengan mereka. Syukur Allah.

Jadi. Pengajaran dari cerita Lia ini kan, walaupun umur Lia 25 tahun, namun pengalaman dalam dunia perniagaan ini terlalu banyak.

Jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa, cuma kita yang perlu USAHA KERAS untuk maju ke hadapan. Jangan cepat putus asa dan mengalah. Dekat luar tu, ramai lagi orang yang perlu di bantu tau.

Sejak Lia bangkit dari zaman kejatuhan Lia itu, bisnes Lia mula meningkat naik hampir 70% dengan sangat hebat, daripada sales Lia jatuh RM35,000 naik terus ke RM200,000 sales bulanan Lia.

Dan Alhamdulillah, baru-baru ini Lia mendapat awards dari Dexandra iaitu Stockist Performance Awards (Sales RM100K) dan Stockist Performance Awards (Sales RM200K).

Bukan itu sahaja, Dexandra berikan hadiah Ipad Pro pada Lia atas pencapaian Lia selama ini bersama Dexandra.

Syukur Alhamdulillah, sekarang ini pun Lia mempunyai dropship dan agent seramai 350 orang untuk memenuhi permintaan ramai orang.

Lia nak kalau boleh semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin dapat merasa pakai jenama perfume-perfume yang terkenal ini.

Orang kata, perfume yang sebelum ini mampu tengok je harganya yang ratus ribu mahal itu sudah bertukar menjadi perfume mampu miliki dengan dapatkan Dexandra Perfume.

Rupanya rezeki kita boleh berubah sekelip mata hanya dengan mengubah cara pandang kita pada ujian yang kita hadapi, iaitu sentiasa bersangka baik pada Allah.

Serta, kita kena sentiasa talk to Allah dalam apa jua situasi. Setiap pagi bangun sahaja dari tidur ucapkan terima kasih dan lakukan terapi 7 kesyukuran kita pada Allah.

Jangan lupa amalkan surah Al-Waqiah dan surah Yasin, consistent buat solat sunat Dhuha, dengar juga doa Dhuha. Dan, sentiasa istighfar sebanyak 100kali kepada Allah setiap hari.

Percayalah, pintu rezeki Allah akan buka seluas-luasnya.

Kepada anda semua yang baru nak mula berniaga, atau tak tahu nak meniaga apa, InshaaAllah Lia akan bantu anda bermula dari zero hingga ke hero dengan hanya bermodalkan RM150 sahaja. Paling penting, cari ILMU dan MENTOR yang betul. Pasti boleh.

Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas anda join Dexandra, anda akan melihat wang di dalam akaun bank anda semakin bertambah-tambah, anda akan mendengar kawan-kawan, ibu bapa anda mengatakan “Syukur Alhamdulillah tahniah awak sangat hebat” dan anda akan berasa sangat bahagia kerana mampu bantu lebih ramai orang untuk menjana pendapatan dengan Dexandra.

Jadi sebagai penghargaan kepada semua yang follow Lia di facebook Lia Nur Aliah Mohd Nor, Lia nak hadiahkan 10 botol Dexandra perfume Lia yang berharga RM 650 untuk ke semua pembeli Dexandra Perfume Lia dan juga kepada followers Lia yang bertuah. Ye, secara percuma je.

Lia tak rasa rugi pun sebab ini lah kebahagiaan Lia yang Lia kecapi saat ini, merasa sangat bahagia apabila melihat orang lain bahagia.

Jangan lupa kongsi kisah hidup Lia ini pada yang lain juga.

Semoga kisah hidup Lia ini boleh jadi inspirasi pada mereka yang masih tertekan dengan bebanan dan kesempitan ekonomi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...