Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai Dengan JAIS, Bekas Menantu Zainal Abidin Dihina Berterusan Oleh Bekas Suami

Hiburan

Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai Dengan JAIS, Bekas Menantu Zainal Abidin Dihina Berterusan Oleh Bekas Suami

Bekas menantu kepada Datuk Zainal Abidin, Suzur Sofia mendedahkan bahawa dia tidak henti-henti dilayan dengan buruk oleh bekas suami, Mohd Zaiza.

Perkara itu didedahkan oleh Sofia di mana dia telah digelar dengan panggilan yang buruk dan kesusahan yang dialaminya kini turut dijadikan bahan jenaka oleh keluarga bekas suami.

Advertisement

Jelas Sofia, pendedahan itu dibuat bagi tujuan mendapatkan keadilan selepas banyak berkorban demi menyara keluarga.

Jangan kata ini semua fitnah bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini  boleh mendapatkan respon awak, saya akan awak.

Malah, Sofia turut mendakwa Zaiza pernah meminta anggota JAIS yang menyerbu rumahnya dengan tujuan memalukan untuk meniduri dirinya.

Suzur sofia zaiza

Cerita di sini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuatnya. Dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia sia.

Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Kejam sungguh.

Ujarnya, Zaiza juga tidak pernah memberi nafkah dan pernah melelongkan rumah serta melarikan anak ketika dia sedang bekerja sehingga dia terpaksa menumpang di rumah kawan.

Kejam awak. Dan kalian (keluarga bekas suami) gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak-anak?

Terdahulu, Sofia dan Zaiza telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu setelah enam bulan digantung tidak bertali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad zainal
8 months ago

"Semua Ini Terlalu 'High School' Untuk Saya" - Nad Zainal Ingin Fokus Suami Dan Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...