Pernah Dipenjara, Model Akui Seronok Tangkap Gambar Tak Senonoh Di Masjid

Trending

Pernah Dipenjara, Model Akui Seronok Tangkap Gambar Tak Senonoh Di Masjid

Lain orang, lain hobinya. Tapi agak tidak sensitif apabila seorang model majalah ‘Playboy’ yang tak pernah lekang dengan kontroversi mengakui bahawa dia suka mengambil gambar tidak senonoh di rumah suci.

Pada tahun 2017, Marisa Papen pernah dipenjarakan kerana bertindak mengambil gambar tidak berpakaian di hadapan kuil lama di Mesir dan menerima kutukan ramai apabila menjalankan protes anti-agama dengan melakukan hal tak senonoh yang sama pada tanda salib besar di Vatican, Itali.

Advertisement

Ingatkan dah insaf selepas mengalami kehidupan dalam penjara tetapi rupanya tidak. Terbaru, dia menimbulkan kemarahan apabila berani menunjukkan kemaluannya ketika berada di satu tempat suci di Istanbul iaitu masjid Hagia Sophia.

Daripada gambar yang diambil, dapat dilihat model itu berdiri di hadapan pintu masuk sambil mengangkat jubah hitamnya sehingga menampakkan tempat sulitnya. Meskipun banyak pelancong dan orang tempatan yang lalu lalang dibelakangnya, wanita itu langsung tidak mengendahkan mereka dan tiada rasa takut ditangkap pun.

Marisa tidak segan langsung untuk berkongsi segala proses yang diambil olehnya dan juga jurugambar bagi menjayakan misi ‘kotor’ mereka itu.

Kami tiada rancangan yang kukuh. Tiada persediaan langsung tetapi dipacakkan oleh imaginasi yang tiada penghujungnya.

Menurut wanita itu, semasa beratur panjang untuk menantikan giliran mereka memasuki rumah suci itu, mereka nyata terperanjat dengan jumlah kamera keselamatan yang terdapat di situ. Tapi mereka tetap beranikan diri mengambil gambar ‘berseni’ itu untuk kepuasan mereka. Siap pergi sekali lagi pada keesokan harinya kerana mereka tidak puas hati dengan gambar asal.

model rakam gambar aksi tak senonoh di masjid

Kedua-dua model dan jurugambar itu memberitahu bahawa mereka menyamar seperti orang biasa bagi menampakkan semuanya adalah normal. Walaupun ditahan oleh pihak polis kerana perlakuan mereka yang mencurigakan, Marisa menyatakan bahawa dia tidak akan berhenti mengambil seperti ini lagi pada masa akan datang. Model itu mengakui bahawa perasaan takut ditangkap itu adalah sangat mengujakan.

Dengar cerita pihak berkuasa Turki bakal mendakwa Marisa atas perlakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...