Sudah memasuki minggu ketiga, program realiti Talk To My Manager ditonton ramai peminat hiburan yang mahu meihat bakat nyanyian anak-anak selebriti tanah air.
Dalam pada itu, muncul juga persoalan daripada pengguna media sosial tentang pempengaruh, Kasih Iris Leona dan mengapa dia tidak menjadi salah seorang peserta pertandingan itu.
View this post on Instagram
Menerusi siaran langsung di laman sosial, puteri kepada aktor Azhar Sulaiman itu telah menjawab persoalan netizen berhubung penglibatannya di dalam program tersebut.
Akui Leona, pihak produksi ada merisiknya untuk menyertai program tersebut namun dia terpaksa menolak dengan baik tawaran itu kerana menyedari dirinya tiada bakat sebagai penyanyi.
Saya tak boleh menyanyi dengan baik dan saya tahu orang akan gelakkan kalau saya cuba. Saya suka cabar diri, tapi untuk kali ini, saya rasa lebih baik tidak.
Bukan itu sahaja, Leona juga difahamkan turut menolak tawaran produksi sebagai hos program berkenaan kerana akui kurang berminat di dalam bidang tersebut.