August 23rd, 2016

Sekali tengok, memang wajah dan gaya Suffila Aida ini sangat-sangat hampir dengan Emma Maembong. Kalau letak sebelah menyebelah, boleh confuse Abang Nara dibuatnya. Namun jika dilihat dengan teliti, pemilik jenama tudung Capilla.Co ini memiliki kecantikan dan keindahannya yang tersendiri. Biasalah kalau ada muka iras-iras nie. Abang Nara pun ada iras dengan Cristiano Ronaldo. Selalu orang cakap camtue. Hehehe.
suffila aida
Kesian juga baca luahan hati Suffila Aida yang sering dikritik dan dikutuk semata-mata kerana menyerupai Emma Maembong. Biasalah ramai yang kata nak “tiru gaya Emma”, “nak popular macam Emma” dan macam-macam lagilah. Lebih-lebih lagi buat Suffila yang baru ingin mencipta nama di dalam industri hiburan. Siap ada yang perli suruh uji bakat dengan Michael Ang kerana pengarah itu sering mengambil Emma Maembong membintangi dramanya. Kejam jugak tue. Namun Suffila kini sudah biasa dengan kritikan sebgitu. Kata Suffila:-

Bukan tak suka tetapi kalau boleh saya tak mahulah dikenali kerana dibayangi oleh orang lain. Saya juga ada identiti sendiri. Sama ada saya mahupun Emma, kami adalah orang yang berbeza dan tak sama pun. Pernah saya diperli supaya pergi sesi ujibakat dengan pengarah Michael Ang kerana dia sering memilih Emma berlakon di bawah arahannya. Pada saya mengapa perlu perli saya sebegitu? Saya tak mahu lagi orang cakap mengenai hal ini.

Mula-mula dulu memang saya akui tekanan juga tetapi lama kelamaan saya cuba kumpul kekuatan dan letakkan kepercayaan bahawa saya boleh harungi semua ini terutama kata-kata negatif orang. Salah satunya adalah dengan tidak perlu mengambil pusing dengan apa yang orang cakap, terutama kata-kata negatif. Biarlah saya tak baca langsung, lagi bagus. Bagaimanapun bagi mereka yang sentiasa menyokong, saya sangat berterima kasih dan menghargai sokongan anda semua.

suffila aida

Bagi Abang Nara, persamaan ini pula digunakan oleh Suffila Aida untuk namanya dikenali pada awal-awal kemunculan. Lepas itu perlahan-lahan bina identiti sendiri. Biasalah bila wajah dah serupa dengan orang yang memang dah popular, perbandingan akan tetap dilakukan walau kita tak suka. Sabar jer lah nak buat macam mana kan? Lagi beberapa gambar Suffila Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

suffila aida

P.S: Dapatkan sekarang TELEKUNG AYRA GREY special edition dari Telekung Story! Harga RM89 sahaja! Ada promosi untuk lebih sepasang! Dahla sekali dengan beg tu! Stok selling fast, grab now! Boleh click: facebook.com/Telekungstory. Instagram : @Telekungstory atau Whatsapp: +60192361986.

suffila aidasuffila aida

suffila aidasuffila aidasuffila aidasuffila aidasuffila aidasuffila aida


Comments are closed.

Loading...