Sedia maklum, anak sulung kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana memang sangat dikenali ramai dan dapat dilihat sendiri dengan jumlah pengikut di Instagram peribadinya.
Biasalah, apabila dikenali ramai, sudah pasti akan menerima pelbagai komen sama ada dari sudut positif mahupun negatif.
Dalam pada Lara berusia 3 tahun, dia telah menerima kecaman yang hebat daripada netizen dan antara komen yang boleh dikatakan perit untuk diterima apabila ada individu berkata anak comel itu seakan-akan seperti menghidap Sindrom Down.
View this post on Instagram
Biarpun menerima pelbagai kecaman, tidak terkejut Lara merupakan anak artis pertama yang tercatat di wikipedia dengan rekod yang telah dicapai olehnya.
Di dalam wikipedia tersebut, bukan hanya anugerah yang diterima Lara saja diletakkan, malah ada juga cerita semasa Lara masih di dalam kandungan Scha dimana isu yang timbul adalah selebriti berkenaan membuat baby shower dan ia seakan-akan meniru gaya barat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.