Penyanyi popular Kim Jong Kook mengejutkan ramai apabila mengumumkan berita perkahwinannya pada 18 Ogos lalu. Dalam masa yang sama, hantaran terkini pelakon dan penyanyi Yoon Eun-hye di media sosial turut menjadi perhatian warganet.
Menerusi Instagram, Eun-hye berkongsi video pendek ketika menjalani latihan untuk konsert kumpulan Baby V.O.X yang dijadual berlangsung pada September ini. Apa yang mencuri tumpuan ialah penggunaan emoji hati retak dan mata berapi pada hantaran tersebut, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
View this post on Instagram
Kebetulan tarikh hantaran itu sama dengan pengumuman perkahwinan Kim Jong-kook, yang dibuat menerusi sepucuk surat tulisan tangan di laman peminat rasmi. Pasangan selebriti ini sebelum ini pernah mencetuskan khabar angin percintaan ketika sama-sama membintangi rancangan realiti terkenal ‘X-Man’.
Sementara itu, media Korea melaporkan bakal isteri Kim Jong-kook merupakan wanita bukan selebriti, dipercayai berusia 38 tahun dan pemilik syarikat kosmetik yang berpangkalan di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada 5 September depan.