Pernah Dihina Muka Seakan Beruk, Mangsa Buli Ini ‘Move On’ Dengan Penampilan Baru

Trending

Pernah Dihina Muka Seakan Beruk, Mangsa Buli Ini ‘Move On’ Dengan Penampilan Baru

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, telah diberikan keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Namun, tidak semua yang berkesempatan untuk menilai kelebihan itu dan akibatnya, masih ada segelintir manusia yang bersifat tidak matang dengan merendahkan ciptaan Tuhan.

Menyingkap kisah seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Saufi, lelaki ini pernah menjadi mangsa buli selama beberapa tahun ketika zaman sekolahnya.

Advertisement

Perkongsian bersama Mstar itu membawa satu penceritaan buat Nizam yang sudah menjadi mangsa buli semenjak berada di Tingkatan Dua lagi.

Walaupun usia 18 tahun selalunya sudah dianggap matang, namun berdasarkan perkongsiannya, kebanyakan yang menghina dan merendahkannya adalah dikalangan rakan-rakan sekolah dan tidak kurang juga pengikutnya di laman sosial. Apa kes ni?

Lebih buruk lagi, remaja itu turut mengatakan rakan sekolahnya selalu menyamakan dirinya dengan monyet atau beruk. Tak cukup dengan itu, dia juga dibuli dan dituduh menconteng meja dengan ayat-ayat yang buruk. Mereka juga turut melukis muka Nizam dalam rupa beruk. Wah, stres!

“Mereka ejek saya dan hina saya sebab rupa saya yang berjerawat. Dulu muka saya breakout teruk, tak macam sekarang..jauh beza” 

Sumber : Instagram

Lapor Mstar, lelaki yang mesra disapa Niezam itu turut dihina kerana suaranya yang agak lembut seperti perempuan. Macacamni pun ada..

Lumrah manusia, pasti ada sedih dan bahagia, begitu juga yang dilalui Niezam yang menceritakan kisah sedih itu adakalanya menyebabkan dia tertekan dek hinaan dan cacian orang sekeliling.

“Hampir setiap hari dalam setahun, saya dibuli, di sekolah dan media sosial. Sampai saya berkurung lama-lama dalam bilik berhari-hari tak makan”

Ujarnya, dia seperti mahu lemaskan diri ke tandas dan gantungkan diri dalam bilik kerana tekanan yang begitu mengesankan. Perkara itu menjadi lebih parah apabila hinaan itu turut menganggu rutin pelajarannya.

Pun begitu, disebalik kata cacian dan makian, anak kelahiran Bintulu Sarawak ini meluahkan rasa syukur kerana masih ada beberapa rakannya yang sudi memberi sokongan dan bantuan untuk berubah dan melupakan perkara negatif tersebut.

“Saya cakap kat diri sendiri bahawa saya ni masih bernilai, masih ada maruah walaupun selalu kena buli sebab saya satu-satunya harapan,satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini”

Tambah anak keempat daripada lima ini, dia tidak boleh mensia-siakan kehidupannya dan harus menerima qada dan qadar. Meskipun dahulu Niezam dikenali sebagai seorang yang pendiam, takut nak berkawan, selalu dipulaukan, namun kini dia telah berubah menjadi seorang yang periang, mudah menghiburkan orang ramai, baik dengan semua orang walaupun mereka juga tidak sempurnaan.

Kini, transformasi yang dilakukan Niezam kebanyakannya dipelajari dari laman Youtube yang melibatkan perbersihan wajah dan senaman muka. Wah!

Sumber : Instagram

“Saya kini lebih yakin dengan diri saya dan move on untuk menjalani kehidupan yang lebih baik”

Semoga perkongsian ini memberi iktibar buat kita sebagai manusia yang tidak terlepas dari berbuat dosa ya. Jangan terus melihat kelemahan orang tetapi sambutlah dengan kebaikan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...