Pernah Digelar Pengotor, Sissy Iman Kongsi Fasa Alami Masalah Kulit Muka

Hiburan

Pernah Digelar Pengotor, Sissy Iman Kongsi Fasa Alami Masalah Kulit Muka

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman mendedahkan dia pernah mengalami masalah kulit muka yang teruk satu ketika dahulu yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan diri.

Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil? memaklumkan masalah kulit muka yang dihadapi itu telah pun ‘menghantui’ dirinya sejak tahun 2019 lagi.

Advertisement

Tambah menyedihkan lagi apabila Sissy memberitahu, namanya juga sering kali ditolak dek kerana masalah yang dialami pada wajahnya itu.

Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat apa-apa untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar saja kulit begitu.

Malah Sissy, 26, juga pernah digelar sebagai pengotor kerana didakwa tidak menjaga kebersihan muka dengan baik meskipun telah berusaha dan berhabis duit untuk mencuba pelbagai jenis produk.

Berapa banyak produk kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.

Pengacara Muzik-Muzik itu membuat luahan tersebut menerusi beberapa hantaran gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, Sissy meluahkan rasa syukur kerana masalah kulit muka yang dialaminya itu kini telah pun beransur pulih.

Sissy Iman
3 years ago

Sissy Iman Titip Rasa Syukur Kerjaya Seni Masih Stabil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...