August 11th, 2018

Terdahulu, selebriti popular Nora Danish mengakui hatinya terguris sehingga menangis apabila ada sesetengah netizen yang bersikap kurang ajar mengutuk serta mengejek paras rupa anaknya, Mohamed Neqayl Nedim hodoh.

Terbaru, Ney Ney sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila Nora memuat naik satu foto ‘selfie’ bersama anaknya itu di Instagram. Ramai yang cukup teruja melihat perubahan wajah Ney Ney yang dikatakan sudah semakin comel dan kacak.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim Nazri tidak comel sedangkan ibu bapanya cantik dan segak.

Untuk yang tidak tahu, wajah bayi yang baru lahir masih belum berkembang dengan sempurna dan akan berubah-ubah dari wakti ke waktu, sebab itu belum nampak lagi kecomelan ataupun ada irasnya dengan orang tua mereka. Sebelum kutuk, pastikan tahu fakta, jangan jadikan bayi mangsa kecaman juga.


50 responses to “Pernah Diejek Wajah Hodoh, Kini Netizen Puji Anak Nora Danish Semakin Comel”

  1. Anonymous says:

    baby mmg semua comei ok

  2. anakmakbapak says:

    Kalau kau orang perasaan, ND dan penyanyi nombor satu negara bergambar dengan anak je pakai filter. Kenapa tak kofiden ke….

  3. Anonymous says:

    tak kisah la comel ke idok…yg penting cukup sifat dan tidak cacat otak…

  4. Cun Cun says:

    Hahaha..kecuh la kau org ni..dulu kau org kecil2 lg la pulak..meh tenyeh pic kat sini ..comel x masa dulu2.. idung pesek,muka monyok,mulut terjuih..eeeww..dh skrg mesti cantik mcm lopa ehh salah fajura la..sibuk..

Loading...