Pernah Diejek Wajah Hodoh, Kini Netizen Puji Anak Nora Danish Semakin Comel

Hiburan

Pernah Diejek Wajah Hodoh, Kini Netizen Puji Anak Nora Danish Semakin Comel

Terdahulu, selebriti popular Nora Danish mengakui hatinya terguris sehingga menangis apabila ada sesetengah netizen yang bersikap kurang ajar mengutuk serta mengejek paras rupa anaknya, Mohamed Neqayl Nedim hodoh.

Advertisement

Terbaru, Ney Ney sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila Nora memuat naik satu foto ‘selfie’ bersama anaknya itu di Instagram. Ramai yang cukup teruja melihat perubahan wajah Ney Ney yang dikatakan sudah semakin comel dan kacak.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim Nazri tidak comel sedangkan ibu bapanya cantik dan segak.

Untuk yang tidak tahu, wajah bayi yang baru lahir masih belum berkembang dengan sempurna dan akan berubah-ubah dari wakti ke waktu, sebab itu belum nampak lagi kecomelan ataupun ada irasnya dengan orang tua mereka. Sebelum kutuk, pastikan tahu fakta, jangan jadikan bayi mangsa kecaman juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...