Ketika kanak-kanak, model Senegal, Khoudia Diop, 19, dibuli kerana kulitnya yang hitam.

Kini, dia ialah seorang model yang berjaya, mempergunakan popularirinya di Internet untuk menginspirasikan orang ramai untuk menyayangi ciri diri mereka yang membuat mereka lain dari yang lain.
Saya sering diejek ketika membesar, kerana tona kulit saya. Saya diejek kanak-kanak lain, dan kadang-kadang diejek di Internet.
Saya menghadapi bulian dengan berdepan dengan pembuli. Saya telah belajar untuk menyanyangi diri saya sendiri, dan tidak beri perhatian kepada manusia negatif, dan ia banyak membantu.
Pada usia 15 tahun , Khoudia berpindah dari Senegal ke Perancis. Dua tahun kemudian, pada usia 17 tahun, Khoudia mula bekerja sebagai seorang model.
Minggu ini, ramai pengguna media sosial mengongsi gambar-gambar Khoudoa di Twitter, Instagram dan Facebook. Hasilnya, dia telah menambah pengikut di Instagram sehingga 280,000 orang. Khoudia menambah:
Kita perlukan lebih ramai wanita ‘berwarna’ dalam dunia fesyen. Saya mahu memberi inspirasi kepada wanita-wanita kulit gelap dan memperkasa mereka.











–amazingnara.com