Pernah Dicurangi ‘Ex Boyfriend’, Anna Jobling Paling Benci Lelaki Hipokrit – “Isu Curang Buat Saya Takut Nak Kahwin”

Hiburan

Pernah Dicurangi ‘Ex Boyfriend’, Anna Jobling Paling Benci Lelaki Hipokrit – “Isu Curang Buat Saya Takut Nak Kahwin”

Aktres berdarah kacukan Anna Jobling mengakui kes curang yang kerap dilaporkan berlaku membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.

Ujar pelakon berusia 23 tahun itu, dia juga turut mempunyai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini dan ia membuatkan dia lebih selesa untuk hidup solo.

Advertisement

Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan.

Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata dia lebih memilih untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya kepada umum dan biarkan sahaja orang ramai terus berteka-teki.

Anna Jobling

Apabila ditanya, pelakon Syurga Itu Bukan Mudah tersebut berkata antara ciri-ciri lelaki yang tidak disukainya adalah suka berpura-pura atau hipokrit.

Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya.  Saya paling benci individu hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat.

anna jobling
5 months ago

"Makin Mantap! Rugi Besar Siapa Tak Tengok" - Lakonan Anna Jobling Dalam Drama 'Syurga Itu Bukan Mudah' Dipuji Penonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...