Aktres berdarah kacukan Anna Jobling mengakui kes curang yang kerap dilaporkan berlaku membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.
Ujar pelakon berusia 23 tahun itu, dia juga turut mempunyai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini dan ia membuatkan dia lebih selesa untuk hidup solo.
Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata dia lebih memilih untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya kepada umum dan biarkan sahaja orang ramai terus berteka-teki.
Apabila ditanya, pelakon Syurga Itu Bukan Mudah tersebut berkata antara ciri-ciri lelaki yang tidak disukainya adalah suka berpura-pura atau hipokrit.
Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Saya paling benci individu hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat.