Semakin hari status rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan oleh para netizen. Paling mengejutkan, ada sesetengah netizen yang mengungkit kisah lama. Menurut netizen, apa yang terjadi kepada Sharnaaz hari ini adalah kerana perbuatannya satu ketika dahulu. Entah benar entah tidak dakwaan netizen tersebut, namun Sharnaaz Ahmad telah tampil memberikan penjelasan dan memaklumkan semua yang berlaku adalah ujian buatnya.
Oleh kerana terlalu ramai netizen yang “membuat” cerita yang tidak benar, pandai-pandai berspekulasi tanpa sebarang fakta, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan isi hatinya di Twitter. Malah Sharnaaz juga turut memaklumkan yang dirinya akan diingati sebagai seorang yang bukan panas baran atau ego selepas dirinya tiada kelak.
Sesungguhnya tafsiran orang ramai berdasarkan apa yang kita kongsi di laman sosial berkemungkinan besar untuk silap 100% berbanding sikap serta perangai kita yang sebenar di dunia nyata. Sebab itulah kita tidak boleh menghakimi seseorang hanya berdasarkan apa yang ditulis di Facebook, Twitter atau Instagram. Kadangkala nampak baik di laman sosial, tapi sebenarnya kaki penipu, pukul bini tak pun scammer. Kadangkala nampak garang, ego atau ganas, sebenarnya dalam hati ada taman. Tak gitu? Apa pun sekali lagi mari kita berdoa agar perkahwinan Sharnaaz dan Nabila sebenarnya baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah. Insya Allah.

orang yang jujur
February 22, 2019 at 10:24 am
saya bukannya peminat no. 1 sharnaz ahmad ni tapi bila pertama kali jumpa sharnaz time tgh shooting kat negeri saya…as usuall kita pergila sapa pelakon2..bila part salam menyalam, saya respect jugak kat sharnaz ni siap cium tangan kat bapa saya..bukan selalu kita nmpk pelakon salam cium tangan kat org tua lebih2 lagi org luar…so even kmu ckp dia ganas ka, apa ka.. i tetap respect him as a human…
unknown
February 21, 2019 at 11:37 am
shanaz oiii better hg diam.. mcm kena batang idong sendiri ja wei
Anonymous
February 21, 2019 at 9:09 am
kau ingat ko taliban ke, penembak hendap handal ke, nk matikan org dgn mengejut pasl rmhtangga ko di komen oleh netizen..
Anonymous
February 21, 2019 at 11:32 am
Haahaaa..muka dia mmg ada sikit Taliban sis
Nini
February 21, 2019 at 7:27 am
Diam lbh baiklh sharnaz, tak perlu berbalas komen dgn netizen, ada masalah rumahtangga n jiwa jgn kecoh di medsos, akibatnya bkn meringankn beban makin bertambah kusut, hidup ni mmg macam2 masalah barulh rencah dunia, sentiasa mensyukuri nikmat n Allah akan melapangkn segala kesulitan. Berdoa mohon dipermudahkn.