Pernah ‘Date’ Dengan Jejaka Panas Baran, Shila Amzah Beritahu Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flags’

Hiburan

Pernah ‘Date’ Dengan Jejaka Panas Baran, Shila Amzah Beritahu Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flags’

Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah membuka ruang untuk peminat berinteraksi dengannya berkenaan apa sahaja termasuk perihal peribadi di Instagram Stories.

Oleh kerana itu, seorang peminat bertanyakan kepada Shila tentang ciri-ciri lelaki yang dianggap ‘red flag‘ dalam menjalani perhubungan.

Advertisement

Shila Amzah, atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, lantas menjawab soalan itu dengan menyatakan dia tidak suka dengan lelaki yang panas baran, kaki maki dan pukul serta yang tidak mempunyai ‘common sense‘.

Selain itu, seorang lagi peminat bersetuju dengan kenyataan daripada penyanyi tersebut kerana menganggap lelaki yang suka memaki hamun dan pukul sangat menakutkan.

Shila juga menyatakan bahawa dia pernah bercinta dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut dan selalunya jejaka seperti itu biasanya nampak romantik dari segi luaran namun tidak seperti yang disangka.

Ada juga yang bertanyakan pendapat Shila sama ada lelaki pada awalnya hanya berlakon baik dan sweet , tetapi berubah setelah lama kenal antara satu sama lain.

Menjawab kepada persoalan itu, Shila menerangkan perkara seperti itu tidak mengira jantina, tetapi setiap perhubungan memerlukan kerjasama antara dua pihak bagi menghidupkan perasaan antara satu sama lain.

Penyanyi itu turut mengeluarkan kenyataan mencari seseorang yang faham sesama sendiri adalah sangat susah untuk dicari.

Sekadar informasi, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga tetapi gagal di tengah jalan.

Shila Amzah
5 bulan lalu

“Jangan Jadi Pendengki” - Dituduh Tak Matang Dan ‘Gatal’, Ini Jawapan Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    August 3, 2022 at 2:07 pm

    kannn si tembam ni apasal tak gi china dah ….china pun tak nak kau dah minah over

  2. Anonymous

    August 3, 2022 at 8:58 am

    lapaq perhatian.. tah pape tah. org xnk die yg tsorong2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...