Pernah Cuba ‘Kuruskan’ Anak Melalui Pembedahan, Sharifah Shahira Batalkan Niat Kerana Fikir Masa Depan

Hiburan

Pernah Cuba ‘Kuruskan’ Anak Melalui Pembedahan, Sharifah Shahira Batalkan Niat Kerana Fikir Masa Depan

Pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera mendedahkan bahawa dia pernah berniat untuk ‘kuruskan’ anak sulungnya, Allisya Tahir melalui kaedah pembedahan pintasan perut atau Bariatric Surgery.

Shiera Ijoy dan keluargaSumber : Instagram Allisya Tahir  

Namun, keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut dibatalkan pada saat akhir oleh Shiera.

Advertisement

Meskipun pada waktu itu dia amat bimbangkan berat badan berlebihan yang dihadapi anak perempuannya itu, Shiera terfikir jika Allisya berkahwin dan mempunyai anak, pasti badannya akan juga mengalami perubahan kelak.

View this post on Instagram

A post shared by Allisya Tahir (@tallisya72)

“Beberapa tahun lalu saya pernah membawa Allisya berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan pintasan perut bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan berat badan. Selesai mengambil gambar semua, saya terfikir pada masa akan datang Allisya akan beranak dan badannya akan naik semula. Jadi apa gunanya dia menjalani pembedahan itu sekarang kerana ianya menelan belanja yang tinggi.”

Allisya merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang terdahulu yang juga penyanyi kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

View this post on Instagram

A post shared by Allisya Tahir (@tallisya72)

Tambahnya lagi, dia tidak segan untuk berkongsikan mengenai perkara ini kerana ianya dapat mengimbas kembali sedikit sebanyak kenangan beberapa tahun yang lalu. Juruhebah radio Suria FM ini juga menjelaskan bahawa dia sangat bangga dengan pencapaian Allisya kerana telah berjaya menurunkan berat badan hampir 20kg hanya dengan menjaga pemakanan dan bersenam.

Ujarnya lagi, anak perempuannya itu dikhabarkan mengambil masa lebih kurang setahun untuk mencapai berat badan ideal tanpa melalui jalan pintas.

View this post on Instagram

A post shared by Allisya Tahir (@tallisya72)

“Saya tahu bukan mudah untuk Allisya mencapai berat sekarang kerana memakan masa yang lama. Semuanya bermula ketika dia menetap di sebuah pulau ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.”

Turut menceritakan perkembangan terkini Allisya, dia juga bakal muncul dengan single kedua ciptaan Sharon Paul tidak lama lagi. Malah, kedua anak beranak ini telah muncul bersama-sama dalam program nyanyian bertemakan kekeluargaan iaitu Family Duo menerusi saluran TV3, dan ditayangkan setiap hari Ahad tepat jam 9 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...