Pelakon lelaki Fimie Don menerusi satu video mengaku sebelum ini dia pernah mencurangi bekas teman wanitanya.
Video itu dimuat naik oleh penyanyi Dalia Farhana yang bertanya kepada Fimie punca seseorang itu berlaku curang terhadap pasangannya.
Menjawab soalan itu, Fimie berkata dia percaya seseorang itu curang kerana wujudnya perasaan tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
Bukan sahaja tak cukup dengan kasih sayang tapi tak cukup dengan diri dia, tak bersyukur.”
Tambahnya, sebagai seseorang yang pernah berlaku curang dia merasakan ia satu tindakan yang merugikan seseorang.
@daliafarhanakenapa orang curang?? Rumah – Dalia Farhana
Fimie mengakui kesilapannya dan berkata dia tidak lagi mahu berada dalam situasi di mana dia menjadi seorang yang rugi disebabkan berlaku curang.
Pernah buat silap tu dan saya sedar orang yang buat tu (curang) adalah orang yang rugi, Sesungguhnya kalau kita sayang orang yang tak sayang kita dan tinggalkan orang yang sayang kita, dia adalah orang yang rugi.”