Pernah Berjumpa Keluarga Mangsa ‘Penyondol’, Abby Abadi Nafi Ada Mohon Maaf – “Siapa Bersumpah, Junjung Al Quran?”

Trending

Pernah Berjumpa Keluarga Mangsa ‘Penyondol’, Abby Abadi Nafi Ada Mohon Maaf – “Siapa Bersumpah, Junjung Al Quran?”

Menerusi perkongsian terbaru Abby Abadi berhubung dakwaan anaknya menjadi punca perceraian sepasang suami isteri, aktres itu memberi respon terhadap kenyataan pihak belah sana.

Kakak wanita yang teraniaya itu sebelum ini mendedahkan Marissa pernah bersumpah untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu namun memungkiri janjinya.

Advertisement

Marissa abby penyondol
8 months ago

"Kau Buat Adik Aku Langgar Taklik, Tak Jaga Air Muka Mak Bapa Kau" - Kakak Wanita 'Disondol' Anak Abby Abadi & Norman Dedah Perangai 'Play Victim'

Tidak berdiam diri, Abby Abadi mengakui pernah berjumpa dengan keluarga pihak belah sana namun itu ketika mereka baru dimaklumkan tentang skandal tersebut.

Memang masa tu tak tahu cerita pun. Tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Tu malas bercakap, jadi geram dengan perangai manusia ni.

Aktres itu turut menafikan dakwaan bahawa anaknya telag bersumpah sambil menjunjung Al Quran seperti dikatakan pihak belah sana.

abby abadi

Ketika ini, hangat menjadi bualan di media sosial tentang pendedahan wanita yang mendakwa Marissa, anak Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi ‘penyondol’ dan mengganggu rumah tangganya sehingga bercerai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...