Written by Bella | June 28th, 2019

Sejak kebelakangan ini, kita tidak henti mendengar berita tentang perceraian artis. Tidak dinafikan, ada juga beberapa selebriti tampil memberikan komen mereka mengenai isu ini.

Bagaimanapun, buat pelakon Nora Danish dia mengakui dirinya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan nasihat mengenai isu tersebut memandangkan dia juga sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan.

Saya sedar kebelakangan ini ramai artis yang bercerai. Saya juga pernah laluinya, jadi saya tidak berhak untuk memberikan sebarang nasihat kepada mereka.

Pada saya terlalu banyak kes mahkamah berkaitan rumah tangga berlaku, bukan sahaja rumah tangga selebriti. Ini adalah lumrah perkahwinan. Untuk memberi tip atau nasihat, saya belum mampu, namun saya doakan yang baik-baik untuk semua rakan-rakan di luar sana.

Sementara itu, Nora berkata dia menganggap komunikasi merupakan kunci kebahagaiaan sesebuah rumah tangga kerana ia dapat memastikan tiada perselisahan faham berlaku antaranya dan suami tercinta, Nedim Nazri.

Komunikasi sangat penting dalam hubungan. Memandangkan kedua-dua kami pernah melalui fasa perceraian pada perkahwinan terdahulu, jadi kali ini kami lebih serius. Kami sentiasa berusaha yang terbaik dan tidak saling menyalahkan antara satu sama lain supaya perjalanan rumah tangga lebih aman.

Setiap perkahwinan akan ada pasang dan surutnya, biasalah kalau ada pergaduhan tetapi setiap pasangan harus matang dalam menangani setiap masalah. Apa yang penting, harus sentiasa sabar dan bertolak ansur.

Sumber Berita : Utusan Online

14 responses to Pernah Bercerai, Nora Danish Takut Mahu Beri Nasihat

  1. katakpuru says:

    well done Nora.Sokong cara u, kita jg rumahtangga kita,rumah tangga orang biaq p.

  2. faraj says:

    Yg penting Bapa mertua ko, jgn lah join PAS….memang PAS ni dan Ulama2 PAS Majal memangjang….suwee PAS ni malaikat 44 pun tk nk lalu pun kt Ulama2 PAS ni….kikikiki

  3. bong cit says:

    ok la yg aku nampak mmg nedim ni sayang giler kot kat ko…hope kekal smpi jannah & sweet tu jgn tjk sgt kat public…smpn tuk diri sendiri bab klo pape jd ko balik malu ti…

  4. Mencari paid blogger!!! Jika anda berminat sila layari -> https://thenationreview.com/editor/register?r=ceff2l

Leave a Reply to faraj Cancel reply