Gaya hidup sebagai seorang pemain bola sepak seringkali mencuri perhatian ramai dengan gaya mewah yang dimiliki mereka. Pemain pertahanan Kedah FA, Azmeer Yusof juga tidak terlepas daripada menikmati kemewahan itu ketika namanya berada di kemuncak kerjaya.
Namun, kini dia menasihatkan pemain muda untuk tidak mengikut jejak langkahnya yang pernah berbelanja boros tanpa memikirkan masa depan. Melalui perkongsian di Facebook miliknya itu, Azmeer menceritakan pengalamannya berbelanja mewah sewaktu muda yang kini membuatkan dia terbeban dengan hutang.
“Permulaan hidup saya cukup mewah. Dengan gaji tinggi, saya tak fikir langsung untuk simpan dan beli rumah atau invest dalam apa-apa yang menguntungkan.”
Dia berkongsikan pengalaman lampaunya yang kuat berbelanja sehingga menyebabkan dia masih tidak dapat menyelesaikan hutangnya. Perkongsian yang dibuatnya ini adalah untuk menasihatkan pemain muda yang kini sedang merasa kemewahan dari gaji tinggi yang diterima.
Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk lima kad kredit selain membuat pinjaman peribadi dan beli kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan D-Max. Tidak cukup dengan itu, beliau cuba beli rumah tetapi pinjaman tidak lepas kerana pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan lain lain pada tahun 2014.
“2014 saya cuba nak beli rumah tapi loan tak lepas. Sebab apa? Sebab personal loan, credit card, kereta & lain-lain. Stupid kan?”
Azmeer turut mengingatkan pemain terutamanya yang sedang menikmati gaji besar supaya berfikir mengenai masa depan. Selain tidak terlalu boros untuk menggunakan gaji ke arah perkara ‘bukan-bukan’ yang sama sekali tidak menguntungkan.
Nasihat saya untuk FOOTBALLER??
1) Jangan apply credit card (kalau tak mampu berdisiplin membayar.)
2) Jangan apply personal loan.
3) Simpan duit (unit amanah, asb, tabung.)
4) Jangan beli kereta dulu (tak pun beli yang second hand atau yang murah. Nak Honda atau Toyota baru, belilah selepas beli rumah.)
5) Kurangkan shopping benda-benda mahal yang akhirnya tak pakai dan letak di muzium.
6) Beli EMAS dan simpan. Masa sesak boleh pajak. Masa senang tebus balik.
7) Insurans penting, jadi apa-apa nanti ada juga tolong cover.
8) Berhenti merokok! (Kebanyakan pemain merokok.)
9) BELI RUMAH!!!!!!
Azmeer kini telah menjual 6 kereta miliknya dan hanya menyimpan Vellfire untuk kegunaannya dan keluarga. Dia juga berharap perkongsiannya ini dapat dijadikan iktibar kepada pemain muda di luar sana untuk membuat simpanan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.