Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Kahwin, Afieq Shazwan Di ‘Reject’ Mentah-Mentah

Hiburan

Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Kahwin, Afieq Shazwan Di ‘Reject’ Mentah-Mentah

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga meskipun baru sahaja  mencecah usia 24 tahun.

Wani Kayrie Afieq Shazwan
4 years ago

Beri Kejutan Hadiah Istimewa, Afieq Shazwan Masih Lagi 'Teman Tapi Mesra' Bersama Wani Kayrie

Advertisement

Ujar Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, dia sudah membuat perancangan untuk membina mahligai bahagia sejak usianya masih muda remaja iaitu ketika berusia 21 tahun.

Namun begitu, dia tetap mendengar nasihat daripada rakan-rakan yang memintannya untuk bersabar terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa hidup seterusnya.

Bagi Afieq, pasti ada sebab mengapa dia menerima nasihat seperti itu kerana mungkin teman rapat serta ahli keluarganya lebih ‘makan garam’ apabila menyentuh soal jodoh dan perkahwinan.

Bila ada orang nasihat, saya pegang betul-betul. Mesti ada sebab. Perancangan ada, semua dah readu, saya dah bersedia sebagai seorang lelaki untuk bergelar suami.

Dalam pada itu, Afieq mendedahkan bahawa dia pernah melamar seorang wanita berusia 28 tahun untuk dijadikan isteri namun permintaannya itu ditolak dengan alasan masih belum bersedia.

Meskipun begitu, pelakon drama Diari Seorang Suami ini tidak mengambil hati kerana memahami pilihan hidup serta haluan masing-masing adalah berbeza.

Terdahulu, Afieq pernah dikatakan sedang rapat dengan penyanyi dan aktres, Wani Kayrie namun kedua-duanya mengangaap hubungan yang dibina hanyalah sekadar teman tapi mesra.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...