Pernah meluahkan hasrat untuk membuka sebuah Pusat Pengajian Al-Quran untuk golongan dewasa, pereka fesyen terkenal yang juga kini bergelar usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim telah mengumumkan bahawa cita-citanya itu kini bakal menjadi kenyataan apabila telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
Dia dilihat telah berkongsi berita gembira itu menerusi entri di laman instagram miliknya, hari ini. Dalam entri berkenaan, Datuk Rizalman meluahkan rasa syukur apabila permohonan untuk menubuhkan yayasan tersebut telah pun diluluskan.
View this post on Instagramdok menangeh nii…!!!! . . . #RIyayasan
Datuk Rizalman turut memuat naik salinan surat kelulusan untuk penubuhan pusat pengajiannya itu yang bakal diberi nama Yayasan RI.
Peminat yang mengikuti perkembangan Datuk Rizalman rata-rata mengucapkan tahniah dan turut mendoakan niat baik serta usahanya itu dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
AdvertisementMengimbas kembali, Datuk Rizalman Ibrahim telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat pembelajaran bagi mereka di luar sana yang berminat untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran. Dalam pada itu, dia turut mencari tempat serta tenaga pengajar yang sesuai dan dikhabarkan lokasi pertama Yayasan itu akan ditubuhkan adalah di Johor Bahru.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Loading...