Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM, Ini Langkah Yang Pelajar Perlu Tahu

Trending

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM, Ini Langkah Yang Pelajar Perlu Tahu

Seperti sedia maklum, 10 Jun 2021 merupakan tarikh penting dimana keputusan peperiksaan SPM 2020 telah pun dikeluarkan melalui semakan atas talian. Tahniah diucapkan buat semua pelajar SPM 2020!

Pun begitu, bagi pelajar yang mungkin kurang berpuas hati, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut memberi peluang kepada pelajar SPM 2020 untuk menyemak semula subjek-subjek tertentu dengan syarat yang ditetapkan. Ini merupakan langkah dan panduan yang anda perlu tahu.

Advertisement

Cara Memohon Semak Semula Keputusan SPM 

Menurut paparan maklumat Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan yang terkini, pemohonan semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui satu kaedah sahaja iaitu secara dalam talian.

1. Online / Atas Talian

  • Melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (Hanya untuk pengguna Android sahaja, boleh dimuat-turun di Google Play Store.

2. Melalui elp.moe.gov.my

  • Bermula 10 Jun 2021
  • Klik menu perkhidmatan
  • Tekan Semak Semula
  • Pilih SPM
Semak Semula keputusan SPM (SUMBER : KPM)

Sumber : KPM

Panduan Dan Proses Pemohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

2. Untuk permohonan, pemohon boleh menggunakan Borang Semak Semula/Kes T yang boleh didapati di Sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau layari laman web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my.

3. Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di pautan Borang LP/Am 65 Pin 1/2020.

4. Take note! Permohonan tidak akan diproses jika tidak menggunakan borang ini atau tidak diisi dengan lengkap.

Borang yang lengkap tersebut mesti dialamatkan kepada alamat dibawah :

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

5. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan serta-merta.

panduan semak semula keputusan SPM

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen penting yang perlu dilengkapkan :

1. Sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang diletakkan nama, alamat sendiri dan setem lekat RM1.30.

  • Tulis perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

2. Sertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang turut mendapat pengesahan Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

  • Bagi pemohon yang mempunyai kes T, anda perlu sertakan sekali markah peperiksaan percubaan.

Maklumat Bayaran Semakan Semula Keputusan

Untuk makluman, proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM 100 bagi setiap mata pelajaran.

1. Permohonan melalui pos

  • Pembayaran yang menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan wang tersebut pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak akan diterima.

2. Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran tunai juga diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima.

Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan

Perlu diingatkan, borang mesti dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan.

Borang semakan semula

Sumber : INFO UPU.COM

1. Tarikh keputusan semak semula adalah dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.

2. Surat rasmi pemberitahuan keputuan BERUBAH atau KEKAL bagi pelajar lepasan SPM atau persendirian akan dihantar kepada calon.

  • Penyataan keputusan baharu bagi calon sekolah akan dihantar ke sekolah.
  • Bagi calon persendirian pula akan dihantar Jabatan Pendidikan Negeri.

3. Calon hendaklah menyerahkan pernyataan keputusan lama kepada pihak sekolah JPN apabila mengambil pernyataan keputusan baharu.

4. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Keputusan Semakan Kes T

Keputusan Semakan Kes T bagi SPM 2020 juga boleh disemak bermula 10 pagi pada 14 Jun hingga 30 Jun 2021 di pautan https://myresult3.moe.gov.my/.

Keputusan Permohonan / Maklumat Lanjut

Diingatkan sekali lagi, keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-88843175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected].

Anda juga boleh menyemak dan muat-turun Peraturan Pentadbiran Permohonan Penyemakan di Peraturan Semak Semula result SPM dalam bentuk PDF.

peraturan pentadbiran

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Selamat maju jaya dalam apa pun bidang yang diceburi ya. Teruskan berusaha dan jangan mengalah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...