Permohonan Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Pakej Komunikasi Belia ini merupakan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Antara syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah:
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Sumber: Amanz.My
mayumulya
December 27, 2012 at 8:53 pm
Wah!! boleh dapat ni! me umur in the middle between 21 – 30 tu..hehehe ! Alhamdulillah :) terima kasih!!
j
December 27, 2012 at 3:26 pm
cmner dgan student y umurnya 21-30 thun????
jemapoh
December 27, 2012 at 11:02 am
handphone bwah rm500 hp ape? sume pkai 3310?-_-
jenab
December 29, 2012 at 11:16 am
tahu tak pe.. hahaha… xdpt pun xpe
Aduhai
December 27, 2012 at 9:37 am
Saya rasa sebab PM kita buat bende ni sebab nak jadikan semua rakyat Malaysia tidak “Buta Teknologi” sebab pengalaman saya yang pernah ke luar negara seperti Singapura, boleh dikatakan semua orang yang menaiki MRT memegang sekurang-kurangnya satu iPad atau Tablet dan juga Brunei, menjadi satu isu iaiatu jumlah Telefon pintar lebih banyak daripada jumlah populasi penduduk negara itu. Itu baru negara yang dekat dengan kita, belum lagi Erpoah, Amerika, Jepun, Korea dan lain-lain. Jadi, untuk mencapai negara Malaysia Maju 2020, rakyat Malaysia khususnya telah mengenal akan teknologi seperti telefon pintar 3G. Sekaranag ni hanya golongan tertentu sahaja dan bukan semua. Ini hanya pendapat peribadi.
nak tahu
December 27, 2012 at 2:30 am
kalau student dapat jugak ke benda alah ni?