November 8th, 2012

Akibat kesilapan pada alamat pemastautin dalam permohonan Aidil Zafuan untuk isterinya, Rita Rudaini kembali taat (nusyuz), Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah membuat keputusan menerima permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut.

mStar Online juga melaporkan, Aidil Zafuan juga diperintahkan untuk membayar semua kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat, selepas mengambil kira kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan.

Aidil bagaimanapun dikatakan tidak hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan kerana berada di Bangkok, Thailand untuk mewakili negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand.

Untuk makluman anda pada perlawanan itu pasukan Aidil (Malaysia) tewas 2-0 kepada Thailand dan menyaksikan Aidil dibuang padang kerana menerima dua kad kuning hasil mengasari pemain lawan.


76 responses to “Permohonan Nusyuz Aidil Zafuan Batal, Terpaksa Tanggung Kos Mahkamah”

  1. Akoo says:

    Biasanya kes kat msia court kalah disebabkan technical problem, banyak kes x settle, defenden lepas. Tp mahkamah kat akhirat akan tentu kan samada kite taat pd suami @ tidak.

  2. Akoo says:

    Mahkahmah di Malaysia biasanya kalah dr segi teknikal. Sebab 2 kes banyak yg x settle habis, defenden lepas. Mcm mana pun, mahkamah kat akhirat akan tentu kan kita taat pd suami ke @ tak.

  3. Peace says:

    Nnti dh tua,dok kt rumh org tua,ckpla ank2 xambk ksh,xambk tau..pdhl masa ko muda pon ko xigt ank2 kn?tgu je..masa ko akn smpai..xpyh nk tnjok muka kt press nti kata sayu di aidilfitri la apela k?

  4. Anonymous says:

    eee…..ko ni sapo vvv? tk ikut crita diorg dr awal ke?? tk tau pape nk meroyan p sokong aidil.huh!!

  5. vvvv says:

    saya tetap sokong aidil . wpun aidil kalah tapi tak suka Rita kerana jelas tindak tanduk Rita sebelum ini tak menghormati suami dan keluarga suami. semoga Aidil lebih matang lepas ini dalam urusan mencari isteri. Biar rupa tiada tapi yang boleh menyanyangi suami dan keluaga suami. bukan yang suka kondem suami dan keluarga suami.

    • Anonymous says:

      pompuan mcm ko ni jenis yg bodo setia buta tuli. jenis pompuan yg x bijak dan x pandai pertahan hak diri. ko bukan hamba suami ko, setia buta2 je. tu bukan isteri yg baik. itu isteri yg bodoh namanye.
      ko isteri yg baek kalo ko setia dgn lelaki yg baek. lelaki mcm aidil ni xde kredibilti jd suami, bapa dan ketua keluarge. rita dah buat perkara yg tepat. dia ibu yg baik pd anak2 dia. x rugi pun dia becerai ngan aidil. untung adelah. aidil langsung xde ciri2 lelaki sejati. buat dose je kalo jadi bini aidil nih.. lg byk dpt dose dr dpt pahala kalo jd bini aidil. so pesanan aku kat ko, jgn la jadi isteri yg bodoh.

    • n says:

      vvv nie ialah jue aziz..sekian..

    • cik miza says:

      ade perbezaan samaada KESETIAAN dan KEBODOHAN..

Loading...