Permohonan “Mat Dan” Diluluskan, Dapat Status Penduduk Tetap Di Malaysia

Trending

Permohonan “Mat Dan” Diluluskan, Dapat Status Penduduk Tetap Di Malaysia

“Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya bila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas secara spontan,”

Itu reaksi pertama Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah sejurus Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kelulusan permohonannya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia ketika merasmikan Ekspo Terengganu 2018.

Advertisement

Mengulas lanjut hal ini, Mad Dan menyatakan rasa terkejut dan malu kerana semua orang di dalam majlis tu tumpu padanya.

Walaupun dirinya memang terlibat dalam bidang penyiaran tapi perasaan malu tu tetap ada. Perasaannya seperti janggal dan tidak biasa seperti kebiasaannya.

Sangkaan awalnya bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut.

“Paling saya tak sangka beliau akan panggil naik atas pentas dan umum perkara tu. Lepas salam tu saya terus lari sebab malu,” katanya sejurus pengumuman berita gembira tersebut.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009 hingga sekarang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Chendering, Terengganu Mac tahun lalu.

Jejaka yang berusia 28 tahun itu menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu kerana menerima kehadirannya di negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang menarik.

“Saya rasa ia satu impian yang menjadi kenyataan. Boleh duduk di sini dan kini harapan saya agar saya boleh membuat sesuatu yang positif untuk Terengganu.”

“Saya mula memohon menjadi rakyat Malaysia selepas sahaja saya kahwin, saya tahu ia tidak mudah tapi bila berita gembira ini datang. Saya rasa macam nak cium tangan TPM.”, ujarnya.

Difahamkan, Mat Dan telah dilantik sebagai duta Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan ingin menunjukkan apa yang terbaik tentang Terengganu serta amat berbangga dengan negeri ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kelulusan itu diberikan selepas mengkaji semua aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang penduduk tetap negara ini.

“Setelah dikaji didapati Mat Dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan meliputi aspek keselamatan, dan sumbangan-sumbangan beliau bukan hanya pada Terengganu tetapi juga sumbangannya kepada Malaysia.”

“Mat Dan juga layak diberikan taraf penduduk tetap kerana sumbangannya kepada Malaysia apabila secara aktif mempromosi produk-produk keluaran Terengganu yang secara tidak langsung menarik kemasukan pelancong,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...