Permohonan Maaf Kepada Pusat Tahfiz Di Sabah Berhubung Video TikTok Tular

Kehidupan

Permohonan Maaf Kepada Pusat Tahfiz Di Sabah Berhubung Video TikTok Tular

Berhubung dengan satu artikel yang dimuat naik oleh penulis Beautifulnara.com baru-baru ini, kami memohon maaf atas segala kesulitan serta kesusahan yang telah dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Tahfiz Ar-Rahmah, Keningau, Sabah.

Artikel tersebut menceritakan tentang reaksi netizen mengenai tindakan guru tahfiz yang didakwa membuat ‘live’ TikTok bersama beberapa orang kanak-kanak dipercayai pelajar di pusat pengajian itu.

Advertisement

Mereka didakwa sedang bermain Player Knockout atau PK yang terkenal dalam kalangan pengguna TikTok untuk bersaing antara satu sama lain bagi melihat seberapa banyak wang diraih menerusi gift dalam satu-satu tempoh.

Tangkap layar video tersebut pada asalnya telah ditularkan oleh seorang individu di aplikasi X dan telah mendatangkan pelbagai reaksi kurang menyenangkan daripada warganet.

Pihak pengurusan memaklumkan video itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ditularkan tanpa usul periksa serta di luar konteks.

Susulan itu, pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan memadam artikel tersebut di semua platform media sosial Beautifulnara.

Sementara itu, di kesempatan ini kami menyarankan agar warganet tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap pihak pengurusan Pusat Tahfiz Ar Rahmah.

Kami mengakui kekhilafan dilakukan pihak Beautifulnara dan ingin memohon maaf kepada pihak pengurusan Tahfiz terbabit atas kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...