Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Permohonan Farid Kamil Gugurkan Lima Pertuduhan Jenayah Ditolak

Susulan kes dadah dan juga tindakan beliau mencederakan ke atas pihak polis dan orang awan, Jabatan Peguam Negara hari ini menolak representasi permohonan Datuk Farid Kamil untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham pagi tadi.

Tidak berputus asa, Farid memberitahu beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

Kita terima keputusan yang ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan seterusnya bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi kali kedua.

Advertisement

Terdahulu, Farid dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meggunakan kekerasan serta mendatangkan kecederaan terhadap orang awan dan anggota polis, mengganggu anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Farid juga turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Syarafiq Abd Samad

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    October 17, 2018 at 1:12 pm

    Aku baca je peguam ke wakil farid kamil jawab pasal representasi(rep) tu.

    Memang ada kita buat rep tapi selalu minta tuduhan yang lebih rendah bukan rep untuk minta TPR tarik kes, tidak semudah itu
    .
    Kalau ada chemical report dsb, saksi mata etc etc dan ada fakta FK ambil dadah macam mana la nak minta TPR tarik kes?

    Samaada lawyer yg ambil dan nasihat FK ni lawyer junior, cuma pandai ikut cakap anak guam walaupun salah atau dia berniat tipu duit FK.

    Kes2 gini please la retis sekalian kau bayar denda je senyap2 then pura2 lupa pasal kes ni bukan pusing satu dunia pura2 kau dianiaya. contohilah awie pasal kes pukul ex wife dia. Ok je aku tengok periuk nasi dan nampak cerdik sikit sebab dia dengar cakap peguam dia.

  2. joe

    October 16, 2018 at 8:27 pm

    hisap ganja tak pukul org lh, dia lebih nk tido, nanyi, yg pukul org dadah jenis lain ni

  3. hmmmm

    October 16, 2018 at 6:14 pm

    bukan kalau kes jenayah hak mutlak nak bawak atau tolak kes ada pada timbalan pendakwaraya ke. kalau dah jadi kes mahkamah, kau sebagai tertuduh takde hak nak tolak kes. kau akan lalui tempoh perbicaraan dan keputusan terakhir dari majistret sama ada kau bersalah atau tak. cam tak betul je info kau nara.

    • Anonymous

      October 16, 2018 at 6:28 pm

      betul laa tu Nara tulis. Yg aku tak paham apa yg ko tulis…

      Farid buat representasi kepada Timbalan Pendakwaraya supaya kelima2 pertuduhan terhdapnya ditarik balik/digugurkan. Representasi tu dalam bentuk surat. Pastu TPR akan teliti surat tu dan buat keputusan utk terima atau tidak representasi tu. Kalau TPR terima, TPR boleh pohon kat Mahkamah utk tarik balik kes. Kalau TPR tolak representasi tu, kes akan dibicarakan.

      Selagi kes tu belum dibicarakan, OKT boleh hantar beberapa representasi. Gitulaa…

    • mai

      October 16, 2018 at 7:05 pm

      OKT tu gapo? Orang Kentot Terbusuk ke?

    • Anonymous

      October 17, 2018 at 8:37 am

      Orang kena tuduh

    • Anonymous

      October 17, 2018 at 8:50 am

      bukan org kena tuduh.
      Klau dlam tajuk2 yg biasa dgr, mereka akan tulis Orang Kena Tahan.

    • hmmmm

      October 16, 2018 at 8:45 pm

      haah lah aku silap, sorry ye. aku ingatkan keputusan nak bawak atau tak satu kes tu mmg jatuh kat tpp kalau dia rasa ada kes ke tidak berdasarkan report io. tak tau pulak okt boleh buat appeal review kes tu boleh proceed ke tak.

  4. Aku

    October 16, 2018 at 6:04 pm

    Nice. Harap betul betul didakwa tak pakai kabel.

  5. wekkkkkkk

    October 16, 2018 at 5:10 pm

    Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’

    ..mcm2 nama dadah ye..yg aku tahu fit , ganja je, daun ketum, yg biasa dgr..
    ..masalah betulah…dadah..dadah..jauhilah dadah.

Loading...
To Top