Permohonan Cuti 8,000 Penjawat Awam Ke Luar Negara Antara Faktor Utama Pelaksanaan PKP

COVID-19

Permohonan Cuti 8,000 Penjawat Awam Ke Luar Negara Antara Faktor Utama Pelaksanaan PKP

Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah maklumat yang diterima pihak kerajaan berkenaan data yang membabitkan sejumlah besar rakyat Malaysia merancang untuk pergi melancong ke luar negara termasuk juga negara yang disenaraikan berisiko besar. Ini berkaitan dengan musim cuti sekolah yang telah bermula 14 Mac lalu.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memberitahu terdapat sebuah kementerian yang telah meluluskan 8,000 warga kakitangan untuk bercuti di luar negara. Apabila musim persekolahan berlangsung, masing-masing sudah merancang percutian keluarga. Ada juga yang sudah siap menempah tiket dan sebagainya untuk ke Korea Selatan dan Jepun contohnya.

Advertisement

Rakyat Malaysia yang bakal bercuti di luar negara ini dilihat sebagai kumpulan yang memberi risiko yang tinggi kepada jangkitan COVID-19 terutama apabila mereka pulang ke tanah air. Kebimbangan kerajaan pada ketika ini untuk melakukan pelbagai tindakan yang drastik untuk menghalang tercetusnya gelombang ketiga COVID-19.

KLIA

Berikut ialah pengiraan secara ringkas bagaimana kerajaan memandang serius untuk menyekat rakyat Malaysia dari keluar ke negara lain:

8,000 orang yang ingin ke luar negara dianggarkan akan membawa ahli keluarga mereka bersama. Jika satu keluarga membawa paling kurang empat orang ahli keluarga termasuk diri mereka, jumlah keseluruhan akan menjadi 32,000. Jumlah seramai inilah yang akan terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 sekiranya tidak dibendung.

Kes jangkitan ini akan memungkinkan kes import (exponential spike) yang akan meningkat secara mendadak kerana pihak KKM tidak mampu untuk menampung jumlah 32,000 pesakit yang akan dikuarantinkan.

Makanya, jalan yang selamat untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga usaha kerajaan ini berjaya dan rakyat Malaysia terhindar daripada wabak bahaya ini.

Hari ini sudah masuk hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, diminta agar rakyat Malaysia bersabar dan patuhi arahan pihak berkuasa agar wabak ini dapat dikawal. 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...