March 23rd, 2012

Kasihan Fahrin Ahmad. Hajatnya untuk bergambar dengan bintang Hollywood, Owen Wilson tidak kesampaian bila aktor itu menolak permintaannya. Peristiwa berlaku semasa Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 malam semalam.

Anda mempunyai band sendiri? Ingin jamming? Kami menyediakan pentas untuk anda, anda hanya perlu walk-in ke Bazar Seni Industri Budaya pada hari Ahad, 8.00 malam, 25 Mac 2012 (minggu ini). Sambil jamming, sambil buat persembahan untuk orang ramai. Mungkin kumpulan muzik anda akan berpeluang untuk bertapak lebih jauh? Hanya di Bazar Seni Industri Budaya. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”!

Excited dengan kehadiran aktor yang mula dikenali menerusi filem Shanghai Noon, Fahrin sememangnya tidak sabar-sabar mahu berjumpa aktor tersebut dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa aktor itu kepada wakil portal hiburan Daily Chilli.

Sebaik saja selesai acara bersama media, Fahrin yang merupakan selebriti Red Ribbon Malaysia untuk malam tersebut, telah membuat permintaan untuk bergambar dengan aktor itu, tetapi ditolak Owen dan pengiringnya.

Mungkin juga Owen letih kerana penerbangan dari Los Angeles sebelum itu, atau mungkin dia tidak menyedari yang Fahrin ialah selebriti Red Ribbon Malaysia. Tetapi Fahrin yang budiman tampak tidak kisah, sebaliknya berkata dia rasa bertuah diberi penghormatan untuk menemui bintang Hollywood, dan berharap akan diberi peluang yang sama lain kali.

Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 ialah majlis untuk meraih dana bagi Yayasan Aids Malaysia dan Projek Kemiskinan Global semasa Petronas Malaysian Grand Prix.


151 responses to “Permintaan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar Ditolak Aktor Hollywood, Owen Wilson”

  1. Beruang Merah says:

    tu baru je jmp artis Hollywood kan….dh rsa teruja sgt3…..siap nk bgambar lg….

    kalo jmp Nabi Muhammad SAW, cmne plak ek perasaan tu?….

Loading...