Permainan VR Chandu: The Malay Regiment Mengangkat Leftenan Adnan Sebagai Karekter Utama

Teknologi

Permainan VR Chandu: The Malay Regiment Mengangkat Leftenan Adnan Sebagai Karekter Utama

Pastinya ramai rakyat Malaysia yang cukup sinonim dengan Leftenan Adnan, ikon wirabangsa yang memainkan peranan penting dalam menewaskan Jepun ketika perang dunia kedua. Tak lupa juga, filem Leftenan Adnan yang sering ditayangkan ketika bulan kemerdekaan.

Siapa sangka dengan kecanggihan teknologi kini, pelajar tempatan berjaya menghasilkan satu permainan virtual reality (VR) yang mengangkat Leftenan Adnan sebagai karekter utama.

Advertisement

Permainan Chandu: The Malay Regiment yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Multimedia University ini merupakan permainan khas untuk VR dimana pemain perlu memakai headset VR dan controller khas VR sepanjang masa.

Kisah epik Pertempuran Bukit Chandu ini masih berada di dalam pembangunan awal dan juga di dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform Steam. Tetapi walaupun masih di dalam proses, ramai yang melahirkan rasa kagum dengan hasil yang dikongsikan.

Yang pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat hasil permainan Chandu: The Malay Regiment ini kerana bukan senang untuk lihat watak ikonik Malaysia dihasilkan anak muda tempatan. Apa-apa pun teruskan menyokong projek anak tempatan kita.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...