Permainan Pokemon Go Mengubah Kehidupan Lelaki Ini Dan Membantunya Menurunkan Berat Badan Sebanyak 63kg

Kehidupan

Permainan Pokemon Go Mengubah Kehidupan Lelaki Ini Dan Membantunya Menurunkan Berat Badan Sebanyak 63kg

Sebelum ini terlalu banyak benda negatif yang dikaitkan dengan permainan Pokemon Go yang pernah mencetuskan satu fenomena di seluruh dunia. Permainan ini menjadi satu trend bukan sahaja dalam kalangan golongan muda tetapi semua generasi juga turut bermain permainan itu.

Baca: Lelaki Berang ‘Serangan Zombie’ Pokemon Go Di Taman Jaya Menganggu Isteri Dan Anak Bermain Badminton

Advertisement

Tetapi disebalik keburukan yang dilihat itu, Tommy Monkhouse dari United Kingdom berkongsikan kisah inspirasi tentang bagaimana Pokemon Go mengubah hidupnya. Hasil daripada bermain permainan itu, dia berjaya menurunkan sebanyak 63kg berat badan daripada berat asal 158kg.

Mula bermain

Pada fasa awalnya, dia diperkenalkan dengan permainan ini selepas menyertai komuniti Pokemon di kawasan perumahannya. Untuk yang tak tahu, permainan ini memerlukan anda untuk berjalan di kawasan sekitar dalam mencari dan ‘menangkap’ Pokemon.

Tommy pada mulanya perlu berjalan kira-kira 20-30 minit sebelum lama kelamaan ianya menjadi sehingga berjam-jam. Dalam masa setahun bermain, tanpa disedarinya rutinnya itu telah membuatkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 63kg.

Rasa lebih yakin

Tommy turut mengakui permainan Pokemon Go bukan sahaja membantunya menurunkan berat badan malah ianya juga mengubah kehidupannya menjadi lebih positif. Sebelum ini, dia lebih banyak menghabiskan masa sendiri dan tidak bergaul dengan orang ramai.

Selepas menyertai komuniti Pokemon itu, dia mula berubah menjadi seorang yang lebih bersosial dengan orang sekeliling. Melalui permainan ini juga, sedikit sebanyak membantu dia untuk mengawal emosi dan fikirannya daripada bersendirian seperti sebelumnya. Anda boleh tonton kisah inspirasi dikongsikan Tommy menerusi video di bawah ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...