Gosip percintaan antara Nonny Nadirah dan Datuk Red telah menyebabkan bekas pelajar Akademi Fantasia ini bergaduh dengan teman lelakinya. Iyerlah lelaki mana yang tak bengang apabila kekasih tercinta tiba-tiba dikatakan bermain kayu tiga. Walaupun nama Nonny Nadirah semakin dikenali selepas gosip ini, namun pelakon ini ternyata tertekan dengan perkara tersebut. Apa tidaknya, gosip ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanyalah rekaan daripada pihak lelaki tersebut.
Menurut bekas pelajar Akademi Fantasia ini, Datuk Red telah mula mengganggunya sejak bulan Julai yang lalu. Namun dia tidak pernah melayan suami Adira itu.
Kemuncaknya ialah apabila Datuk Red mengeluarkan kenyataan hubungan cinta mereka berakhir sedangkan Nonny tidak pernah menghubungi lelaki tersebut. Kata Nonny Nadirah:-
Benar sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah. Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini?
Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu. Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu? Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia.
Saya tidak akan layan ‘permainan’ dia. Lagipun sudah ada ‘sejarah’ cerita yang lebih kurang sama terjadi pada seorang artis membabitkan dia sebelum ini. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun.
Fuh. Memang stress dibuatnya apabila gosip sebegini ditimbulkan sedangkan Nonny tidak pernah melayan karenah Datuk Red. Lain macam sungguh cabaran dan dugaan yang melanda. Bersabarlah Nonny. Semoga hubungan anda dan teman lelaki tidak terjejas kerana kehadiran pihak ketiga yang tidak diundang ini. Anggaplah ini sebagai satu ujian kepada perhubungan anda. Good luck and all the best. Sumber Utusan Malaysia.